Chia.. kalau I tak mahu ikut you, boleh kan" muram sangat wajah Suzanne pagi ini.
" No Zen! You sudah janji sama uncle. You mesti ikut." Chia parking honda Civic type R di hadapan kedai hardware K & C. Ini kereta terbaru Mr Khoo yang disediakan khas untuk Suzanne dengan syarat dia mahu bekerja dengan syarikat papanya.
Suzanne terdiam duduk termenung dekat seat penumpang. Dia tidak mahu memandu kereta sport mewah ini kalau dirinya menjadi taruhan syaratnya.
"Zen, you kata mahu ambil barang dekat office. Ini lagi termenung. Kita sudah mahu pergi Kulai." Chia menggosok lembut bahu Suzanne, memujuk agar sepupunya itu mahu pergi meninjau projek di Kulai.
Dia mengharap sangat Suzanne kembali seperti dulu, bersama dengannya melayani kerenah kerja. Satu team dengan Suzanne sangat menyenangkan.
Suzanne mengangguk perlahan, melangkah keluar kereta memasuki kawasan dalam kedai. Matanya melilau mencari Aliah.
Mana pergi budak kuno.
Lama dia terhenti di hadapan meja Aliah namun bayang Aliah pun tidak kelihatan. Kakinya dihayun melangkah kedalam office yang masih sepi.
"Pagi Zen." Maria tersenyum menyambut senyuman dari Suzanne. "You datang office?" Bertanya hairan. Bukan ke sepatutnya Suzanne dengan Chia sudah pergi ke Kulai.
"I mahu ambil barang sekejap." Helah Suzanne berlalu ke mejanya. Matanya masih setia mencari Aliah. Hampa rasa hatinya. Sebentar lagi dia akan pergi ke Kulai. Bukan sekejap tetapi tiga hari. Bermakna tiga hari dia tidak dapat memandang Aliah.
"Yaya, I mahu pergi Kulai. You jaga office k"
"Ye Zen. I jaga kedai dan office. Barang yang kurang I dah order baru." Maria angkat ibu jari. "Hehe lagi I nak jaga apa?" Maria tidak tertahan hendak ketawa melihat wajah monyok Suzanne. Baru Tiga minggu Suzanne rajin datang office kini sudah diarahkan pergi ke Kulai pula.
Agak mengujakan Suzanne kembali ke kedai dan office ini setelah sekian lama menghilang.
Suzanne cuma tersenyum sikit. Senyuman yang dipaksa. Matanya masih lagi memandang meja Aliah. Kosong.
"I pergi tiga hari haa."
"Hehe yeee Zen, I tahu you pergi tiga hari. I PA you kan?" Maria masih lagi tergelak.
"You jangan bimbang, I akan jaga kedai, jaga office.. I akan jaga LilIan dannn I akan jaga budak kuno." Maria dengan Lilian terkekeh ketawa.
Suzanne melepaskan nafas berat yang panjang. "Mana haa budak kuno Yaya, I tidak nampak dari tadi." Peduli lah gelak ketawa Maria dan Lilian. Sedari tadi dia tidak nampak Aliah langsung.
"Dia kat belakang. Miss Khoo only! remember??" Maria memuncungkan mulutnya arah pintu belakang. Kelihatan Aliah meletakkan boot Phua Chu kang nya di tepi dinding sambil berbual dan ketawa dengan Chia.
Suzanne berdecak sedikit melangkah keluar office diikuti Maria. Chia pasti akan tahu dekat mana hendak cari Aliah.
"Waa, Chia mahu makan angin. Jangan lupa souvenir untuk I." Maria menepuk-nepuk bahu Chia.
"You lagi mata duitan haa Yaya. Mahu hadiah saja. Sikit pun you tak doakan I baik-baik saja." Maria dan Chia ketawa lepas. Kawan sudah lama. Takda hal gurau kasar sedikit.
Suzanne cuma memerhatikan Aliah yang ketawa sama. Pasti dia akan rindu wajah cantik yang selalu tersenyum dan ketawa ini. Kalau boleh dia tidak mahu berjauhan dengan Aliah. Tetapi dia kasihan melihat mamanya yang selalu mengharapkan dia berjaya dan menyahut cabaran papanya. Kasihan mama selalu dimarahi papa kerana membelanya.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...