49

1.5K 16 41
                                    

Suzzane meninjau seketika dalam bilik tamu rumahnya. Dilihat Lisa masih lagi tertidur pulas. Dia berjalan menghampiri Lisa dan menambah kesejukkan aircond lalu menarik comforter menyelimuti badan seksi  Lisa yang terdedah.

Lisa, perempuan pertama yang memberi dan mengajarnya tentang rasa keindahan yang dinamakan CINTA.

Dia sayangkan Lisa. Ya sudah tentu dia menyayangi perempuan yang pernah buat dia hampir gila merindu. Lisa yang pernah bertakhta dalam hatinya.

Dia duduk sebentar di birai katil memerhatikan Lisa yang lena dibuai mimpi. Tertarik bibirnya mengukir sedikit senyuman. Siapa sangka Lisa datang kembali di sisinya mewarnai kembali hari-harinya seperti dulu.

Dia tidak mampu menolak godaan cinta Lisa walaupun semua sudah tidak sama lagi seperti dahulu.

Diusap perlahan pipi Lisa sebelum dia bangun dengan perlahan dan melangkah keluar dari bilik yang penuh keindahan dunia ini.

Suzzane melangkah panjang dan semakin laju menuruni anak tangga, terus melangkah keluar pintu rumahnya. Jam sudah pukul sebelas pagi. Dia mesti segera sampai ke kedai hardware yang sudah berminggu tidak dia jengah.

Dia rindukan Aliah. Sangat-sangat.

Tetapi keluar sahaja dari pintu pagar rumah keretanya sudah dihalang oleh sebuah motorsikal berkuasa tinggi.

What the hell.. mata Suzzane meneroka motorsikal hadapan keretanya.

Suzzane membuka pintu kereta kasar. Ditangannya tergenggam sebatang besi. Sudah lah dia hendak cepat kini dihalang pula. Siapa ni yang sengaja cari penyakit.

"Whoa!! Haha. Garangnya!!"

Ahh!! Suzzane merengus.

"Kau memang cari penyakit lah" Suzzane berpaling arah keretanya lalu menyelit besi tadi di bawah seat keretanya.

"Garang-garang sangat ni nak pergi kemana nyonya, haha" masih lagi ketawa.

"Aku tak cari kau pun Bo. Tak boleh ke kalau tak kacau hidup aku sekejap?"

"Wah, sekarang dah sombong" Borysko mengamati wajah Suzzane. "Ermm,  Muka berseri-seri. Macam muka pengantin dalam honeymoon"

"Suwey la lu! Puihh!!" Namun Suzzane tertawa juga. Ketara sangat ke wajahnya sedang bahagia diulit cinta Lisa.

"Hurm.. budak melayu tu kau dah tak peduli lagi. Boleh la aku pulak masuk jarum. Cantik lah dia. Mama aku pasti berkenan"

"Kau berani, try la" masam muka Suzzane.

"Tamakkkk"

"over my dead body, Bo" Suzzane menarik pembuka pintu keretanya. Kalau jumpa setakat nak sakitkan hatinya lebih baik takyah datang. Semua orang nak try Aliah. Sakit rasa hatinya. Lagipun dia tiada contact Borysko harini.

"Zenn" terhenti langkah Suzzane. "Aku bukan suka-suka datang cari kau"

Suzzane berpaling memandang Borysko. Hari ini Borysko menjelma dalam keadaan yang original. Bukan sumpah-sumpah plastik. Borysko yang sentiasa tampan seperti dulu-dulu.

"Kau sekarang dah leka dengan Lisa. Apa usaha kau halang Anthony?"

Suzzane menarik nafas berat. Dia bukan leka. Tapi buntu. Semua tindakan terhalang kerana papanya.

"Kau tahu tak pasal Lisa?" Suzzane mengangguk.

"Bagus lah kau dah tau. Aku ada siasat gak pasal dia"

"I already know" Suzzane membuang jauh pandangannya.

"Dah tau tapi masih lagi bercinta dengan dia? Kau dah gila Zen"

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now