Aliah mencuci tangannya setelah siap mengelap kabinet dan dapur. Hari ini dia rajin sedikit menolong emaknya di dapur.
"Mak..akak masuk bilik dulu. Bau dah ni. Akak nak mandi." Mencium tshirtnya yang sudah berbau ikan.
"Ye.. pergi la mandi. Nanti mak taktau pulak mana satu ikan." Puan Rohani tergelak melihat Aliah bercekak pinggang sambil membesarkan mata redupnya. Mencuba membulatkan matanya yang sedikt sepet.
Ermm.. tak sesuai! Puan Rohani menggelengkan kepalanya sambil membuat muka memandang anaknya.
"Uh.. akak nak mandi lah." Aliah berpura-pura monyokkan wajahnya. Melihat riak wajah emaknya dia sudah tahu apa yang akan keluar dari mulut emaknya sekejap lagi.
Tersenyum Puan Rohani melihat keletah anak perempuannya. Sudah tiga hari Aliah menolongnya. Baru sebulan kerja sudah bercuti lama? Direnungnya belakang badan Aliah yang bergerak perlahan semakin menghampiri anak tangga. Lain macam murungnya anak daranya ini. Biarlah dulu. Bila sudah bersedia Aliah akan bercerita juga nanti.
Lemah langkah kaki Aliah memasuki bilik air. Duduk termenung di birai bathtub sambil jarinya bermain air yang sudah dicampur wangian herba. Sesekali terdengar suara keluhan dari nafasnya.
Kenapa lah susah sangat..
Tiada lagi keceriaan dihatinya masa ini. Suara keluhan sahaja yang kedengaran apabila Aliah bersendirian.
Hanya berehat dan berendam dalam air hangat yang wangi ini saja dapat merehat dan menenangkan mindanya.
"Kakk, aku dah tau. Malam ni kau belanja aku tengok wayang. Kita beli tiket dulu lepas tu. Kfc!!. haha."
Berlegar-legar mesej adiknya dalam fikiran. Terpejam mata Aliah sambil melepaskan nafas yang berat. Dia sedih.
Walaupun sudah tiga hari berlalu. Dia tidak boleh lupa. Sentiasa teringat sehingga setiap sendi tubuhnya terasa berdenyut dan lemah.
Dia masih ingat lagi. Semasa berdentingnya notification whatsapp dari adiknya, sebelah tangannya sedang erat mengenggam lima keping note seratus. Rm 500??
Masa itu dia sangat kehairanan kenapa hanya dia seorang yang dapat duit gaji tunai dalam envelope. Tidak tergambar kesedihan dia masa itu.
Perlahan Aliah baring dalam bathtub, sehingga tenggelam seluruh kepalanya. Dia menghapuskan airmatanya didalam air wangian herba.
"Kakk..ni gaji pertama kau. Apakata ajak mak sekali. Baru la berkat gaji kau."
Aliah menyapu airmatanya bersama air herba yang meluncur laju menuruni rambut dan wajahnya.
Hmmm.. penatnya aku kerja. Dari jadi acik cleaner, jadi bibik lagi.. hmm kerani celup bagai.. lima ratus je dia bagi aku gaji???
Aghhhhh!!!! Aliah menjerit dalam air sekuat hatinya. Setelah terasa terputus nafasnya cepat-cepat dia timbulkan kepalanya. Tercungap-cungap mengaturkan semula pernafasannya. Nafas marah dan sedih. Berdebur bunyi air bila Aliah tepuk kuat.
Puaka kau perempuan cina puaka!!
Aliah maki hamun sendiri. Hilang kesabarannya. Ikutkan hati.. mahu dia tinju muka cantik Suzanne.
Sepatutnya aku dah lama pergi dari kedai puaka tu. Tak berbaloi aku habiskan masa dan tenaga sebulan ni.
Tidak berbaloi airmatanya tumpah dulu dan sekarang. Hanya kerana perbuatan Suzanne.
Aliah menadah mukanya bawah pancuran air. Dia merasa sedikit selesa apabila air yang sejuk mengalir deras atas kepalanya. Harapannya dapat la sejuk air ini membawa pergi rasa kecewa di hatinya.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...