lapan

2.3K 21 11
                                    

Berdentum bunyi daun pintu tandas yang ditolak kasar oleh Suzanne, berlaga dengan dinding. Bahu Aliah direngut dengan kasar kehadapan pintu tandas sehingga terdorong  badan Aliah. Hati dia panas membahang dengan marah. Dia tunggu Aliah bersuara sahaja untuk dia berpeluang melampiaskan semua kemarahannya.

Melawan la kau budak kuno!

Ringan tangannya yang semarak dengan api kemarahan itu hendak  menampar pipi pau Aliah. Sakit hatinya, melihat pipi itu berwarna pink bila terlebih ketawa bersama lelaki itu tadi. Siapakah lelaki itu, selalu datang berjumpa dengan Aliah.

"Awak nampak tak toilet ini sangat kotor! Berbau! Macamana I mahu masuk dalam ni?" Tinggi suara Suzanne. Memandang belakang Aliah yang terpacak hadapan pintu tandas yang terbuka luas.

Apa salah aku tandas ni berbau. Yang guna tandas ni pun cuma staff -staff dalam office tu je. Bukan aku yang guna tandas ni.

Aliah memandang dalam toilet dan Suzanne silih berganti. Dia hairan, tandas depan matanya bersih sahaja. Tiada kesan air pun.

Tetapi belum sempat Aliah bertanya, Suzanne sudah menghujaninya dengan perintah-perintah yang tidak boleh di ingkari.

"Tiap pagi haa, I mahu awak cuci ini toilet. Bagi bersih dan wangi."

Berkerut kening hitam dan dahi Aliah. Sekarang dia memang kerja cleaner ke dekat kedai ni. Kerani itu cuma sekadar wayang?

Telinganya masih menangkap rungutan maki hamun Suzanne mengenai tandas depannya.

Aliah yang masih lagi tercengang dengan tandas, terkejut sedikit apabila Suzanne mengeluarkan lagi  perintah dengan suara yang agak tinggi. Terhinjut bahu Aliah.

"Tiap pagi I mahu awak buatkan saya kopi atau teh, lepas itu bila free awak bersihkan habuk kat semua department."

"Semua! Setiap hari haa!" Suzanne mengulangi perintahnya.

"Saya cuci tandas?" Akhirnya Aliah berpeluang bersuara. Masih tidak percaya. Dari tadi dia cuba menghadam maksud Suzanne menyuruh dia mencuci tandas yang bersih berkilau sehinggakan boleh nampak bintang-bintang.

"Sekarang awak masuk." Suzanne menolak Aliah masuk ke dalam tandas berwarna coklat keemasan itu. "Cuci sekarang!" Dengan muka garang selayak mak tiri.

Aliah terdiam menahan sabar. Tuhan, berikan aku sejuta kesabaran di saat ini. Aku sangat-sangat perlukannya sekarang.

Merah matanya memandang Suzanne. Sedih apabila dia diperlakukan sebegini rupa. Apa salah aku dia benci sampai macamni sekali. Mengalir sedikit airmata di sudut tepi matanya. Dengan perlahan Aliah mengesat air kesedihan yang keluar sedikt dari hidungnya.

Begitu mahalkah sebuah pengalaman dan pelajaran sehingga dia perlu berkorban sebegini. Allahu.

Dia berpaling memutar kepala paip. Menadah air dalam baldi. Mencapai paip bersalur menjirus seluruh lantai tandas yang agak luas.

Takpa lah. Aku takkan lupa semua pengalaman ini. Aku tidak akan pernah lupa makna "tolakan" tangan kau perempuan puaka!

Suzanne terdiam melihat Aliah yang sedang mencuci tandas. Sebelah tangan mendorong berus tandas dan sebelah tangan lagi memegang paip bersalur itu. Basah sepatu hitamnya. Lencun bawah kainnya walaupun Aliah berusaha mengepit kainnya dengan dua kakinya.

Sesekali dia dapat melihat tangan Aliah yang memegang pemegang berus tandas melalukan lengan bajunya ke arah mata dan hidung.

Dia tahu Aliah menangis.

Suzanne bercekak pinggang berpaling membelakangkan Aliah. Terpejam matanya menahan nafas yang berombak di dadanya.

Namun bunyi air paip yang laju menghentam lantai dan dinding tandas tetap melahirkan percikan bunyi dalam telinga Suzanne.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now