Dua hari sebelum itu.
"Hai sofea" dengan mata yang bercahaya dan berkaca, Madam Helen merenung tepat perempuan berniqap yang berpaling perlahan menoleh arahnya itu.
Senyumannya semakin mengembang apabila melihat mata coklat muda perempuan itu seakan tersenyum ceria memandangnya.
"Sinii.." lirih suara perempuan berniqap yang Madam Helen panggil Sofea itu memanggilnya. Sofea mendepangkan tangannya menunggu Madam Helen mendarat dalam pelukannya.
"Begitu lama, baru kau datang jumpa aku Helen"
"Aku dengan kau sekarang" Madam Helen mengeratkan lagi pelukannya. Dia rindu sangat dengan Sofea.
Sofea meleraikan pelukannya. Menakup wajah Madam Helen dengan dua tapak tangannya lalu kedua pipi Madam Helen diciumnya bertalu-talu.
Terkekeh Madam Helen menahan tujahan hidung mancung Sofea.
"Hehe kau tak pernah berubah kan Fea"
"Sayangkan kau? Sikit pun tak berubah" jawab Sofea sambil mengemas peralatan bunganya.
Madam Helen turut sama mengemas. Dia tidak sabar hendak duduk bersantai sambil berbual dengan Sofea. Tidak pernah dia lupa. Hanya Sofea yang mampu buat dia rasa nyaman.
"Semalam kau dekat Selangor. Pagi ni kau dah dekat sini? Berapa laju kau memandu Helen? Kau dah tak sabar nak tinggalkan aku?"
Helen ketawa lagi. Sofea yang masih lagi suka membebel.
"Kerana aku sangat rindukan Sofea Nataliya"
Terhenti pergerakkan Sofea menoleh Madam Helen di sebelahnya yang memunggut plastik baja dengan perlahan.
"Kau baik-baik saja Helen?"
Madam Helen tetap berdiam. Menarik nafas perlahan tersenyum hambar memandang Sofea. Menyatakan rindu pun sudah boleh dia tebak apa yang dia fikirkan.
"Kau tetap kau, Sofea" tiada yang boleh dia sembunyikan daripada Sofea.
"Aku kenal sangat Helen Yaryna. Anak-anak kau okey semuanya kan? Atau ada apa-apa yang aku tidak tahu?"
Setelah menyimpan peralatan menanam bunga di samping rumah mereka melangkah menaiki tangga kayu menuju ruang tengah rumah kayu lama yang agak lapang tanpa perabot itu.
Rumah yang agak usang, jauh tersorok di hujung kampung berhadapan dengan danau yang menghijau dan biru warna airnya.
Indah.
"Sini duduk sebelah aku Helen" Sofea menepuk lantai kayu yang sudah sedikit berlubang di jarah anai-anai.
"Hmm kenapa kau pilih hidup begini Sofea" Helen membuka satu butang niqap di tepi pipi Sofea. Dia tersenyum melihat wajah Sofea yang masih lagi ayu di sebalik niqap.
"Kita sudah memilih jalan hidup masing-masing kan. Aku selesa begini" Sofea menghulur kopi kepada Madam Helen. "Aku ada Mariam temankan aku" Sofea mengangguk kepada jirannya yang bernama Mariam. "Jangan kata kau dah tak minum kopi lagi?"
Madam Helen ketawa kecil menyambut cawan kopi lalu menghirup sedikit.
"Yam, kau balik lah dulu. Kawan aku ada datang ni"
"Kalau kak Piah nak apa-apa nanti, call la saya" Mariam berlalu setelah menyalami Madam Helen.
"Masih lagi Piah? Hehe" Madam Helen ketawa lagi.
"Mereka selesa panggil aku macamtu. Tidak jadi masalah bagi aku hehe"
Seketika mereka terdiam menikmati pemandangan danau yang indah terbentang depan mata.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...