Vicious 23 | Show me how

6K 572 158
                                    

Anggap je yang hutang kita
dah langsai


➽───────────────❥

 

Pandangan mata Rain melilau kerisauan sedang dia ditarik keluar dari lif sebaik tiba di tingkat lima

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan mata Rain melilau kerisauan sedang dia ditarik keluar dari lif sebaik tiba di tingkat lima.

Dari sebuah nursery, dia ditarik lebih jauh sehingga tiba ke sebuah taman yang berkonsepkan memorial garden di sudut atas bumbung yang agak tersorok.

Sedang dia terpinga-pinga...

Puk!

Rain dibiarkan terjelepok duduk di depan dua buah pusara yang terpampang batu berukir tulisan yang agak pudar dan sukar dibaca. Berada di depannya, sebuah arca Virgin Mary yang sebesar manusia, berdiri di tengah-tengah antara dua pusara tersebut.

Vic menjatuhkan sebelah lutut di atas tanah. Dagu Rain dicengkam dan dipalingkan ke arah pusara tersebut.

"Look. Baca dan nilai dengan mata kepala kau sendiri!"

Pandangan Rain tersorot ke arah yang ditunjukkan. Seluruh tubuh umpama kejung ketika itu. Masa yang diambil untuk membaca satu-persatu tulisan yang tertera itu juga begitu lama kerana setiap patah kata yang terukir memberati dada dan nafas yang cuba dihela.

Melissa Abraham.

1954-1992 (38)

Her wretched soul was returned to God by noose. She was her own murder who took her life away in despair and anguish left upon the horrid death of her beloved husband. Departed from her wretched life, caused by a ruthless guy, to live in the eternity life.

May she found peace and blood stains shall be recompensed.

Bibir Rain mulai terketar hebat. Nafasnya tersekat, dijerut perih yang meliliti ulu hati.

Sorot matanya yang berkaca mengikuti bayang-bayang yang jatuh di atas pusara sebelah kiri saat Vic berdiri di belakangnya.

Membaca apa yang tertera di situ pula, nafas Rain menjadi kian sesak.

Vincent Abraham.

1945-1992 (47)

Being virtuous and trustful are his worst shortcoming. People died by various reason but, he was an innocent soul, murdered by treachery. Betrayal, deception, that is never comes from enemies, in lieu of friend who backstabbing.

May he found peace and the act of disloyalty shall worth a damnation.

Rain tertunduk. Kejutan masih menguasai. Membaca bait-bait ungkapan yang diukir di atas batu granite biru itu membuatkan jiwa Rain diruntun-runtun pilu.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now