Vicious 34 | Stupid

1.7K 281 121
                                    

I have been that stupid
since I put my trust in you

➽───────────────❥


Rain mencelikkan matanya perlahan-lahan sebaik mendengar sayup-sayup suara ketawa seorang kanak-kanak. Berat sungguh anggota itu mahu dibuka memandangkan tenaganya diserap habis akibat meratap tangis sejak beberapa hari yang lalu.

Tangisan...

Memang sudah jadi peneman.

Namun malam tadilah kemuncak penderitaan yang dialaminya selama ini sehinggakan dia pengsan tidak sedarkan diri. Semuanya tercurah habis namun tak bermakna beban di pundaknya terhapus sama sekali.

Pandangannya dikebil-kebil lemah.

Persekitaran masih kabur dan objek kelihatan berganda. Sukar untuk dia benar-benar menilai di mana keberadaannya ketika itu.

"Are you awake?"

Rain tersentak lantas mencari suara itu.

Pandangan yang kian menjernih singgah di sebelah kirinya, di mana sebatang tubuh sedang berdiri di ambang jendela dengan tangan tersilang di dada.

Belum sempat pandangan Rain fokus sepenuhnya, jiwanya bagai direntap maut kerana sosok itu amat dikenalinya. Terlekat renungannya tanpa ada bicara yang mampu terluah di bibir.

Namun Rain lekas tersedar.

Apa yang dialaminya kini terlampau sama dengan apa yang dilaluinya malam tadi dan malam-malam sebelumnya. Bezanya kini, jasad lelaki itu hadir dengan lebih jelas dan nyata seperti satu realiti berbanding ilusi atau mimpi yang sering dialaminya.

Namun Rain yakin, jelmaan itu akan hilang tatkala dia memejamkan mata. Perginya umpama asap yang hilang naik ke udara.

"Rain..."

Mendengar suara itu, Rain pantas memejamkan matanya semula. Kepalanya menggeleng halus untuk menghalau igauan itu pergi.

Pergi jauh darinya.

Dan jangan menjelma di depannya lagi.

"Go," sepatah, Rain membalas sebelum air liurnya rasa tersekat di kerongkong.

Matanya masih terpejam.

"Kenapa kau datang lagi? Stop thinking about him, Rain. Go away. Don't come in front of me again. Enough. Go," ujar Rain seolah-olah berbisik dengan dirinya sendiri. Memujuk diri supaya berhenti berhalusinasi.

Semua itu hanya bayangan semata-mata...

"Did I 'come' in front of you a few times before?"

Kelopak mata Rain lantas tercelik mendengar suara itu masih ada.

Yang lebih memeranjatkan, jelmaan sosok lelaki itu masih tegak dan terpacak berdiri di tempat yang sama.

Raut wajah Rain jatuh berubah.

Keliru.

Bercelaru.

Dari tenang, ada kekacauan dan kekeliruan yang mula mengocak fikirannya.

Dia meneguk air liur.

Tak mungkin...tak mungkin...!

Sekali lagi, suara gelak tawa yang tidak diketahui punca dan arah itu mengganggu lamunanya.

Semakin kuat ketawa riang kanak-kanak yang didengarinya. Rain bingkas duduk dari pembaringan selepas bersusah-payah dengan perut memboyot, lalu mula menoleh untuk mencari punca. Berasa terancam, dia terkesot kebelakang untuk menjauhi jasad yang sememangnya sedang berdiri jauh darinya.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now