❝ How can I marry you when I don't even know you? ❞
➽───────────────❥
Hari ini Vic memilih Bugatti hitam untuk dipandu. Bersama kaca mata gelap yang terletak di wajah, dia masuk ke dalam perut kereta sport miliknya. Buat seketika dibiarkan fikiran melayang.
Kejadian semalam ibarat ulang tayang di depan muka. Pipinya ditekan lembut dengan ibu jari. Memang tak sakit atau meninggalkan bekas di wajah kacaknya, namun tamparan wanita itu semalam cukup terasa pijar lagi di pipinya.
Sehingga ke saat ini dia masih belum dapat melupakan.
"I'll make sure she agrees with our plans."
Kata-kata Raymond lewat corong telefon petang semalam terlintas di benaknya pula.
Selepas Vic pulang semalam, dia menerima panggilan telefon dari Raymond yang meminta dia supaya tidak berputus asa. Walaupun Rain menolak, lelaki itu akan memastikan kemahuannya dituruti si anak.
Entah apa pula rancangan Raymond kali ini, namun dia telah diyakinkan untuk datang menjemput Rain petang itu.
Meskipun Vic enggan dilihat terlalu menurut keinginan Raymond, namun dia punya satu keinginan yang kuat untuk bertemu wanita itu semula. Apa yang berlaku antara mereka semalam dirasakan terlalu singkat.
Enggan membuang masa, pedal minyak ditekan, memacu kereta sport hitam itu keluar dari perkarangan rumah. Mengaum garang dan meluncur laju dia atas jalan, fikiran Vic langsung tidak tertumpu kepada pemanduan. Sampai di luar pagar rumah mewah milik keluarga Blake itu, automatik pintu dibuka seluas-luasnya ibarat kehadirannya memang dinantikan.
Dua orang pengawal beruniform lengkap sedia menyambut ketibaannya di halaman rumah.
Berhenti sahaja di luar pintu rumah itu, Vic menolak pintu lalu keluar dari perut kereta.
Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di situ. Sekeliling kawasan rumah agam itu diperhatikan setelah cermin mata hitamnya dilucutkan dari wajah.
"You're here."
Raymond muncul di pintu utama.
Vic cuma senyap. Tanpa sedar, pandangan matanya tercari-cari seseorang di belakang Raymond.
"She'll be here soon," Raymond tersenyum sinis, melangkah turun dari anak tangga di depan rumahnya.
Bukan dia tak perasan lirikan mata Vic yang meleret mencari anaknya.
"Everything has been settled. Rancangan 'kita' tetap akan jalan macam biasa."
Vic mendengus, kurang senang dengan penggunaan diksi yang dipilih lelaki itu. 'Kita' kedengaran kurang sesuai dipendengarannya.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...