Vicious 39 | Difficult

3.7K 378 103
                                    

The more you wait, the more you are
making it difficult for me to leave

➽───────────────❥

"But I'm not ready..."

Rain mencelikkan semula matanya. Jika dia terus memejamkan mata, suara lelaki itu nescaya akan muncul lagi mengganggu lenanya.

Dia lantas bangun perlahan-lahan dan duduk bersandar ke kepala katil. Perutnya dipegang dan diusap lembut.

Tidur Rain malam itu sedikit terganggu. Dia gelisah, ditambah pula kandungannya lebih aktif berbanding biasa. Setakat kiraannya, sudah hampir mencecah tiga puluh kali bayinya bergerak-gerak di dalam kandungan sepanjang sejam ini. Tidaklah sakit, tapi lebih kepada rasa kurang selesa untuk dia nyenak tidur pada malam ini. Mungkin agaknya kerana dia melalui hari yang cukup panjang. Dari hospital, sehinggalah kejadian Raymond datang ke rumah itu tadi.

Tak cukup dengan itu, dia dikejutkan dengan berita luar jangka yang membuatkan dia meratap bagai nak rak sehingga tenaganya diserap habis.

Rain termenung dengan anak mata yang kosong memandang depan.

Kata-kata terakhir lelaki itu sebentar tadi kembali terlayar di mindanya.

"If this is what you gonna get once you go back to Raymond, I'm sorry. I'm not ready to let you go."

Telunjuk lelaki itu tepat ke mulutnya sediri. Menuding luka di bibir hasil tumbukan Raymond.

Memejamkan mata, Rain mengeluh. Sekaligus bayangan lelaki itu terhapus dari benaknya.

Memang luka yang sama sudah sering kali diterimanya dari Raymond. Tapi tidaklah teruk sangat baginya. Mungkin dia sudah terbiasa dikasari atau dirinya sudah imun dan lali dengan sepak terajang Raymond selama ini.

Tapi Rain sendiri kurang pasti yang dia akan kembali ke sisi Raymond. Mana arahnya selepas ini, mungkin dia hanya mampu berserah pada takdir. Atau mungkin dia patut lari membawa diri bersama anak-anak. Mungkin ke satu tempat yang tiada siapa mengenalinya. Memulakan hidup baru bersama identiti baru...

Pergerakan dalam rahimnya terasa datang lagi. Sekaligus menghapus segala lamunannya.

"Baby..."

Perutnya dielus.

"Tidur, sayang... Mommy penat sangat hari ni. Kita tidur ya?"

Please...

Sambung Rain di dalam hati.

Seolah memahami, pergolakan dalam perutnya rasa mereda. Rain tersenyum lemah.

Semoga tendangan itu berhenti buat seketika malam ini. Dirinya benar-benar tiada khudrat untuk berjaga lagi. Tambahan pula jam sudah bergerak melepasi angka satu pagi. Berhati-hati, Rain melabuhkan tubuh ke katil semula. Dia mengiring ke kiri untuk meletakkan perutnya dalam keadaan yang lebih selesa di atas katil. Selimut ditarik sehingga ke paras dada.

Puas dia cuba menyelesakan diri, namum tidak dijumpai posisi yang benar-benar boleh melegakan ketegangan tubuhnya. Sisi kiri perutnya perlu disokong sesuatu. Di lantas mencapai bantal yang ada di sebelah kanannya untuk dilapikkan di bawah perut. Namun ketebalan bantal itu makin buat posisinya tidak selesa. Meletakkan semula bantal itu ke sisi, Rain melucutkan selimut dari tubuhnya lalu menggumpalkan ia untuk diselitkan di bawah perut.

Barulah dia sedikit lega dengan posisi itu. Selimut yang bergumpal itu nampaknya lebih mudah buatnya menyesuaikan kedudukan yang mahu diambil. Akhirnya Rain dapat memejamkan mata walaupun tubuhnya sedikit kesejukan tidak berselimut. Kedinginan malam itu tak seperit berbanding jika perutnya tidak berlapik selesa.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now