❝ Pintanya cuma satu,
agar haknya dikembalikan ❞
➽───────────────❥
"Lola!"
"Rain! Oh God, bila Rain sampai?" Lola bergegas ke arah Rain.
Terperanjat sungguh dia melihat Rain muncul di situ. Di belakang wanita itu, ada sekali si suami yang mengekori dari jauh.
"Mana Rhea? Mana Rhea, Lola? Rain nak jumpa dia."
"Sebentar, Rain. Bertenang."
"No! Rain tak boleh bertenang selagi tak jumpa Rhea? Now tell me, where is she? Macam mana keadaan Rhea sekarang?" Rain kekalutan.
"Rain, relax. Doktor dah rawat Rhea. Sekarang Rhea tengah berehat. Doktor tak benarkan sesiapa melawat sekarang ni." Anak mata Lola menyoroti pintu wad Rhea yang terkatup.
Tanpa berlengah, Rain terus menuju ke situ dan terhenti di depan tingkap kaca yang membolehkan dia melihat sekujur tubuh Rhea terbaring di atas sebuah katil dengan wayar dan tiub yang berselirat. Batin dia diruntun hiba.
Rhea masih terlalu kecil untuk kesakitan yang ditanggungnya.
"Rhea..."
Rain tersedu. Tingkap kaca itu dihampiri dan diusap dengan hujung jari seolah-olah merasai kemulusan kulit anak itu.
"I'm sorry, baby—" bisikan Rain kedengaran meruntun kalbu.
Yang paling menyayat hati, jelas tubuh Rhea kelihatan kurus berbanding apa yang dilihatnya sebelum mereka berpisah tempoh hati.
"Sudahlah tu, Rain. Bukan salah Rain Rhea jadi macam ni." Lola tiba-tiba merangkul bahu Rain yang terhinjut-hinjut.
"Lola, tell me apa yang jadi sebenarnya? Macam mana Rhea boleh jadi macam ni?"
Lola menunduk sebelum menggeleng lemah.
Salah dia juga menangguh. Kalau Rhea dibawa ke hospital malam tadi, tentu keadaan Rhea tak seteruk ini.
"Malam tadi Rhea dah start muntah-muntah. Dia mengadu sakit perut. Lola tak tahu nak buat apa. Lola beritahu pada tuan dan puan tapi mereka cuma minta Lola berikan ubat demam pada Rhea. Pagi tadi—"
Ujaran Lola tersekat. Tiba-tiba dia menangis.
Wajah Rain turut dibajiri air mata.
Dapat dia bayangkan kesakitan dan derita yang dialami Rhea. Tentu tiada taranya buat anak sekecil itu.
"Pagi tadi, ada—ada darah keluar. Rhea menangis dan mengadu sakit perut lagi. Lola panik. Tuan dan puan tak ada di rumah. Lola tak tahu nak buat apa, Rain! Lola takut! Rhea dah pengsan. Lola terus panggil driver untuk hantar Rhea pergi hospital."
"Doktor cakap apa?"
"Doktor kata usus Rhea dah berulser. Badan dia pun dah kekurangan air sebab terlampau banyak muntah semalam. Maafkan Lola, Rain. Lola yang salah. Lola patut paksa Rhea makan. Tapi dia tak nak makan sejak Rain pergi. Maafkan Lola," raung Lola, kian hilang kawalan. Serba-salahnya begitu menebal dalam diri.
"Mana daddy? Mana dia pergi?" Bahu Lola dicengkam.
Lola menggeleng. Serba-salah untuk bercerita.
"Lola, bagitahu Rain sekarang, mana daddy?! Kenapa dia biarkan Rhea macam ni? Kenapa dia tak bawa Rhea terus pergi hospital malam tadi?"
Lola tersedu. Air matanya bercucuran jatuh tanpa henti.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...