❝ How can I fix my mistakes to you?
So that you can believe me again. ❞
➽───────────────❥
Rain menghantar Rhea tidur malam itu. Namun entah kenapa, hatta Rhea sudah lama beradu, kakinya goyah dan was-was untuk melangkah ke kamarnya semula.
Teringat bicara lelaki itu senja tadi, seluruh tubuh Rain kembali seram sejuk.
"Should I stay in your room tonight?"
Rain menelan air liur, gugup. Jujur, dia teramat gugup. Bibirnya digigit lembut. Ciuman dan cumbuan lelaki itu semasa di kolam renang tadi masih terasa-rasa merayapi bibir sehingga dia tak mampu fokus.
Saat mandi, dia teringat.
Saat menatap cermin, dia teringat.
Malah saat mengelipkan mata, juga dia teringat.
Dapat bayangkan?
Berapa sesaknya dada ini...
Rain menggeleng. Dia lantas tunduk mengucup dahi Rhea. Mujur tiada yang serius menimpa anak itu selepas kejadian petang tadi. Tangan Rain naik menekup dahi itu pula untuk merasa jika ada bahang demam yang bertandang.
Syukur, badan Rhea tidak panas seperti yang dirisaukan.
Pintu kamar Rhea tiba-tiba terbuka tanpa diketuk. Muncul Ema di ambangnya.
"Nanny." Rain menegakkan tubuh.
"Opss, sorry Rain. Nanny tak tahu Rain ada kat dalam bilik ni," tutur Ema berhati-hati supaya suaranya tidak meninggi sehingga mengganggu Rhea.
Rain menggeleng.
"No, it's okay. Kenapa nanny? Nanny nak tengok Rhea ke? Dia dah tidur."
Ema tersenyum lembut.
"Tuan suruh nanny temankan Rhea malam ni. Dia risau kalau Rhea merengek atau mengigau tengah malam nanti. Tu yang nanny datang nak tidur kat sini, temankan Rhea. Rain okey ke kalau nanny tidur sini?"
Rain mengeluh. Wajah Rhea dipandang sayu.
"Tu lah, Rain pun risau. Takut dia demam terkejut pula malam ni. Tapi sekarang ni Rhea nampak macam okey. Badan dia pun tak panas."
"Hah, kalau macam tu tak apalah. Biar nanny je temankan Rhea malam ni. Rain pergi tidur dalam bilik. Berehat cukup-cukup. Kesian kat baby dalam perut tu nanti."
Sekali lagi, Rain meneguk air liur gugup sebaik Ema menyentuh soal kamarnya. Rain tersenyum janggal.
"Nanny okey ke jagakan Rhea. Tak menyusahkan nanny ke?"
"Hish. Mana ada susah. Kenapa Rain cakap macam tu. Nanny okey jelah. Nanny lagi suka dapat jaga Rhea sebab dia dah macam cucu nanny sendiri. Nanny sayang sangat kat dia tau. Dahlah, Rain pergi je berehat kat bilik."
"Okeylah kalau macam tu..." Dia seraya bangun perlahan-lahan dari birai katil.
Langkah diorak menghampiri pintu. Sebaik sampai di situ, tangan Ema dicapainya.
"Thank you, nanny. I leave Rhea in your good hands tonight. Nanny tolong tengok-tengokkan Rhea ya. If there's anything, terus panggil Rain kat sebelah ya."
"It's okay, Rain. Tahulah nanny nak buat apa nanti. Hopefully Rhea okey je malam ni. Rain jangan risau sangat, okey." Ema mencekup kekura tangan Rain. Wanita itu ditenangkan.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...