❝ I'm capable of everything beyond your knowledge ❞
➽───────────────❥
"Rhea!"
Rain pantas meluru ke arah Anya. Tangan wanita itu yang galak memukul dan melutu Rhea yang kelihatan begitu lemah itu ditarik Rain dengan tergesa-gesa. Kemarahannya sudah terpekung dari tadi.
"Have you gone insane?!"
"Go away! You, bitch," lawan Anya, tak kurang memekik. Tangannya meronta-ronta mahu lepas dari pegangan Rain yang menyakitkan.
Sebaik terlepas, pipi Rain ditampar.
Kuat dan menyakitkan.
"Binatang!"
Panggg!
Tamparan padu singgah di pipi Anya pula sebagai hadiah dari Rain untuk menyedarkan kerasukan yang dialami wanita itu. Walaupun pipinya masih sakit, dia masih mampu melawan. Tercetus pergelutan antara dua wanita itu.
Rambut Anya yang pendek itu dikepal dan ditarik sekuat hati sebelum ditolak jatuh terduduk di atas lantai. Rain belum berpuas hati. Bahu Anya ditekan agar dia terbaring pula, kemudian Rain tak menunggu lama untuk memanjat naik ke atas tubuh Anya yang terkujur. Sama seperti yang dilakukan Anya terhadap Rhea, Rain juga melakukan yang sama! Ditampar muka Anya beberapa kali, kalau boleh sehingga dia puas hati. Mulutnya tak putus-putus menyumpah seranah wanita itu yang cuma menerima dan kadang-kala ketawa dalam kesakitan yang diterima.
Berdasarkan bau masam dari mulut dan reaksi Anya yang tidak selari dengan emosi, Rain yakin yang wanita itu berada di bawah pengaruh alkohol sehingga mampu melampaui batas terhadap daya tenaga seorang anak kecil.
"Rain—" rintihan halus Rhea kedengaran dalam pelukan Lola. Malangnya Rain yang sedang menggila tidak mendengar.
Lengan Rain tiba-tiba ditarik ke belakang oleh seseorang bagi menghentikan tindakan kasarnya terhadap Anya. Tubuhnya terangkat sedikit dek rengkuhan di pinggangnya.
"Rain!"
Rain bergelut untuk lepas, tetap mahu mengajar Anya yang ternyata sudah melampau!
"Rain! You don't wanna kill her, do you?!" jerkah Vic, sedaya upaya cuba meleraikan.
"Lepas! Binatang ni memang patut mati pun! Lepas!" jeritan Rain bergema lantang.
"Cukup, Rain! Look at Rhea!"
Leher Anya yang dicekiknya tiba-tiba melonggar. Kepala terpusing ke arah Rhea yang berada bersama Lola. Mata Rhea yang hampir terkatup buat Rain tersedar! Bukan Anya yang penting ketika itu, tapi Rhea. Rhea!
Sebaik mengcengkam rahang Anya dan menolak kasar, Rain lantas menghampiri Rhea. Tubuh kecil itu ditarik dari atas riba Lola, masuk ke dalam pelukannya. Pipi Rhea yang berbekas merah itu disentuh risau.
"Rhea, bangun sayang! Rhea!"
"Rain, lekas bawa Rhea ke hospital. Cepat!" gesa Lola dalam kelam-kabut. Dia juga risau teramat melihat Rhea lemah begini. Kulit halus Rhea berbekas cubitan dan pukulan di merata-rata anggota. Dari muka ke tangan dan kakinya, habis lebam semuanya.
Hati Rain dirundung pilu. Sudahlah begitu, kesakitan Rhea turut terasa-rasa menggetil seluruh tubuhnya.
"Rhea. Open your eyes, baby. Wake up, tengok Rain ni," tangis Rain mula pecah. Dia benar-benar tak mampu berfikiran waras saat dan ketika itu. Deria dengarnya tertutup rapat dari mendengar gesaan Lola tadi.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...