Vicious 35 | Friendship

1.8K 369 94
                                    

No matter what's gonna happen
Remember, I've got your back

 

➽───────────────❥

 

Ema mengesat air matanya sambil mengelap permukaan dapur. Sekali-sekala kedengaran dia teresak halus.

Vic masuk melalui pintu dapur itu dari arah taman di bahagian belakang rumah. Sebaik perasankan kelibat majikannya itu, Ema terus berdiri tegak namun kepalanya kekal tertunduk.

"Tuan..."

Vic tidak menjawab namun dia kekal berdiri untuk menanti Ema menyudahkan bicara.

"Madam dah pergi..."

Vic masih diam.

"Tuan pasti ke nak biarkan madam pergi? Madam nampak tak sihat. Lagipun saya risaukan Rhea, tuan..."

"Dia yang nak pergi dari sini. We can't stop her."

"Tapi tuan..."

"Enough. Let her be. It's her choice. Itu yang dia nak jadi biarkan je."

"Rhea takut balik rumah dia... saya dengar sendiri Rhea kata dia kena kurung, tuan. Saya pun rasa madam tak happy kat sana..." lirih Ema seolah berkata-kata dengan diri sendiri.

"But she refused to be saved. What can I do then?" nada Vic naik seoktaf.

Takkan dia pula yang perlu merayu agar wanita itu kekal di situ. Dan dia juga tahu keras kepala wanita itu macam mana.

Ema tertunduk kesal.

Dia benar-benar sudah jatuh sayang kepada kanak-kanak perempuan comel bernama Rhea itu. Dan dia juga perlukan kehadiran puan besarnya semula untuk menyerikan rumah ini kembali. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu fungsinya kerana tugasnya di dalam rumah ini makin berkurang.

"Macam mana kalau ada perkara buruk yang jadi pada madam... dia nampak pucat sangat tadi. Saya risau..." Ema masih cuba menyakinkan si tuan.

Vic masih mengeraskan hati. Mengetap bibir, pintu depan dipandangnya lama sebelum dia menggeleng.

"That woman... She's as tough as steel. Nothing's gonna happen to her," ujar Vic seraya berlalu dari situ untuk naik ke kamarnya.

Emam memandang belakang Vic dengan kesal.

Dumm!

Terperanjat Ema mendengar pintu kamar dihempas. Mulalah episod itu datang kembali.

Episod di mana dia akan menjadi saksi kemarahan dan angin taufan yang melanda majikannya itu. Pernah suatu ketika keadaan yang sama dialami sewaktu puan besarnya meninggalkan rumah itu buat pertama kali. Mood Vic akan jadi tidak menentu.

Ya Tuhan...

Apa lagi yang akan berlaku ni...

Getus hati Ema sendiri.

 

LANGIT dipandang melalui jendela kamarnya.

Awan mendung kian berarak menutupi kebiruan yang terbentang di dada langit.

Tak lama lagi tentu akan hujan.

Vic bertongkat lengan di ambang jendela itu. Tangannya menggenggam erat kekisi besi yang melingkari tingkapanya.

Nafasnya dihela sebelum pandangannya dilontar melepasi bahu kearah katilnya yang berada di tengah kamar. Selimutnya masih terbiar tanpa dirapikan. Tempat di mana tubuh wanita itu terlantar sejak awal pagi tadi selepas dia membawa pulang mereka ke sini.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now