Vicious 36 | Keep you

2K 347 121
                                    

Why are you holding back,
when you have the chance?


───────────────


"She's still my wife. MY. WIFE!"

Anak mata Rain terkaku pada belakang Vic.

"Don't you dare to come closer kalau kau tak nak muka kau pecah lagi. This is my last warning, Isaac. Jangan cuba-cuba rapat dengan isteri aku lagi. Ingat tu!"

Enggan membiarkan perkara itu berlanjutan lama, Leo segera menarik Isaac pergi dari situ.

Terkocoh-kocoh Leo menolak bahu Isaac yang seperti masih mahu meningkah. Jika dibiarkan lebih lama, dia mungkin tak mampu menghalang dua adiknya itu bertumbuk lagi.

"Leo, bawa dia berambus. Aku dah tak nak tengok muka dia kat sini lagi!" jerit Vic. Turun naik dadanya melihat Leo dan Isaac akhirnya pergi dari situ.

"What's this?" Anak mata Rain mundar-mandir, kurang percaya.

Vic menoleh ke belakang. Pandangannya bertaut dengan Rain yang masih jelas beriak terkejut.

"What do you mean, I'm still you wife?" Mata Rain memerah.

"Yes, you're still my wife. I never let you go."

"But you signed the annulment paper," ujar Rain terlalu perlahan, seolah berbicara dengan diri sendiri. Kolam air matanya tiba-tiba bertakung.

Dia sendiri menerima dokumen itu sebaik pulang ke Blake Mansion dulu. Dia ingat lagi, betapa pedihnya hati tertoreh semasa dia melihat tandatangan lelaki itu sudah diturunkan.

Untuk melepaskannya.

Juga untuk menafi hak seorang bapa ke atas anak dalam kandungannya.

Sakit itu masih terasa. Di dadanya.

Rahang Vic mengeras. Tanpa menyedari yang buku limanya berdarah sedikit, dia mengepal anggota itu dengan erat.

"I never did."

Rain menggeleng.

"Tak. Impossible. I received the paper from Raymond."

"He forged it. I never signed any annulment papers. Yes, I signed our contract, but never any annulment papers. Raymond did come to meet me asking for my signature, but I refused."

Rain tersandar lemah ke dinding.

"Why? You should've let me go."

"Aku dah kata, I will not let you go."

Entah kenapa, Rain tidak merasa lega mahupun gembira langsung mendengarkan itu. Hatinya lebih sakit, terhiris pedih.

Permainan apa lagi yang mahu dimainkan lelaki itu?

Mungkin agaknya Vic belum puas mahu menyeksanya.

Selama ini dia sangkakan semuanya sudah terlerai antara mereka. Namun rupanya dia masih terikat dalam ikatan yang sudah tiada makna.

"Apa yang jadi selama ni, kau rasa main-main ke? You threw me under the bus, dan sekarang ni kau kata kau takkan lepaskan aku? Was it just a game for you? Aku ni alat je ke untuk kau berseronok?"

"Kau ingat selama ni aku seronok ke? Kau ingat aku happy dengan apa yang jadi?" jerkah Vic.

Bibir Rain bergetar. Pilu dalam dadanya sukar mahu pergi. Lalu Rain memalingkan wajah dari lelki itu dan menangis senyap.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now