Vicious 29 | It's Over

4.7K 637 143
                                    

Alangkah mudahnya ikatan
perkahwinan mereka terlerai

 

➽───────────────❥

 

"What?!"

Nada Isaac meninggi. Hilang kawalan seketika mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut Vic ketika itu.

"Bro..." Isaac ketandusan diksi.

"Go away. Kau buat apa kat sini?"

Belakang Vic yang kelihatan cengkung berbanding biasa itu ditatap pelik. Abangnya itu sedang bercekak pinggang namun aura tegap dan sasa yang selalu ada bersamanya seakan lenyap.

"Aku balik Malaysia, nak jumpa kau dan Rain, but what did you say just now? She's gone? Gone, where?"

"Aku dah kata, jangan campur masalah aku. Kalau kau balik sini sebab nak jumpa dia, better kau balik Macau. Dia dah tak ada kat sini. It's over between us."

Terlepas beg galas yang dipegang Isaac. Dia melangkah deras masuk ke dalam rumah agam itu dan terus berhadapan Vic.

"Have you gone insane? Apa yang kau dah buat kat dia? It's over? What do you mean by 'over'?" soal Isaac, dipenuhi curiga.

Vic menjeling tajam. Bengis wajahnya terserlah. Lagi-lagi melihat Isaac beria-ia ambil peduli berkenaan wanita itu.

"Have I ever told you to mind your own business?"

Vic mengambil sepucuk sampul surat dari atas meja dan terus mendaki tangga.

Laju kaki Isaac mengikuti.

"Bro, but why? I couldn't brain this."

Isaac mengejar sambil mendaki.

Vic buat-buat tuli.

"Where is she now? Kat mana Rain sekarang ni?"

Vic tetap tak berhenti melangkah naik.

Isaac enggan berputus asa selagi khabar berkenaan wanita itu tidak diketahui.

"How come? It's only been four months since you marry her!"

Vic mengetap bibir.

"Vic, tell me! What the fuck happening?!"

Bahu Vic ditarik.

Spontan itu juga Vic berpaling ke belakang dan mencekak kolar Isaac. Disebabkan kedudukan Vic yang berada satu anak tangga lebih tinggi, terjengket kaki Isaac saat kolar bajunya ditarik ke atas.

Terbelalak matanya menanti kepalan buku lima Vic melekat di wajah. Nafasnya rasa tersekat.

Belum sempat singgah, Vic segera melepaskan dan menjatuhkan tangannya semula ke sisi. Ketaran tangannya ditampung.

Nafasnya ditarik sebelum meraup wajah untuk menenangkan diri.

Semenjak dua ini, mudah sungguh dia hilang sabar. Pantang dicuit sedikit, habis satu rumah ini terbalik dek amukannya. Setelah sebulan wanita itu pergi dari sini, sehingga kini tiada siapa yang berani mengungkit nama itu sehinggalah Isaac tiba-tiba muncul pada hari ini.

Dan orang pertama yang dicari Isaac sebaik sampai tak lain tak bukan adalah Rain.

Rain!

Apa dah tak ada orang lain ke?

"Bro!"

"That's enough Isaac. Don't mention her name again. Aku dah tak nak dengar apa-apa berkenaan dia lagi! No one in this house is allowed to do that, including you!"

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now