Vicious 22 | Dreadful

4.9K 444 100
                                    

Apa beza kau dengan
perempuan aku yang lain tu

 

➽───────────────❥

 

Rain mendadak duduk mendengar teriakan seseorang meskipun kelopak matanya masih berat dan penglihatannya berpinar-pinar.

"Oh God, apa lagi ni?! Tak boleh ke bagi aku rest sekejap?!" jerkah Rain, kasar tanpa mempedulikan siapa yang muncul di muka pintu.

Dia cuma mahu berehat seketika tapi, ada sahaja yang menganggu lenanya! Entah siapa-siapa pula tu.

Housekeeper ke?

Atas bawah tubuh wanita itu dijeling geram.

Tak macam housekeeper pun.

"Who are you! You siapa ya, perempuan? What the hell are you doing here?!" jerkah suara itu lagi dengan lantang dalam pelat Kantonis yang pekat.

Dengan segera, wanita itu meluru ke arah Rain dan menarik tangannya lalu memaksa dia ke ruang tamu. Bergelut Rain cuba melepaskan diri di tengah-tengah kekalutan yang tercipta secara tiba-tiba.

Terlepas satu tangannya, dan dengan sepenuh khudrat Rain menolak tubuh wanita itu yang menggila. Sekali tolakan sahaja, melayang tubuh ramping Yvonne ke sofa.

"Arghhh!"

Terhenyak sahaja dia ke sofa, Yvonne deras bangun dan membeliakkan mata. Kemarahannya meluap! Lagi-lagi melihat wanita yang tidak dikenalinya itu ada di suite milik Vic itu.

Malah, berani sungguh dia dikasari!

"How dare! Berani you tolak I?!"

Atas bawah tubuh Rain diteliti dengan sepasang mata galak yang sengaja dibeliak-liakkan.

Bathrobe! Mengapa perempuan ini mengenakan bathrobe di sini?

Terancamlah kedudukannya di sisi Vic nanti!

Nafas deras Rain juga belum mereda. Sudahlah tidurnya terganggu, kini dia terpaksa pula berdepan dengan seorang wanita bak singa kelaparan yang bila-bila masa boleh melahap mangsa.

"Kau tu siapa? Apa yang kau buat kat sini?" Rain enggan membiarkan wanita itu mendominasi. Soalannya berbaur curiga berbanding terus menerjah seperti wanita itu tadi.

"Hey, I asked you those questions! This is my man's suite. How did you get inside? Get out!"

Telunjuk Yvonne lurus ke pintu.

"Get out! I said, get out. Get out now!" bentak Yvonne sepenuh hati. Kakinya juga dihentak-hentak ke lantai.

Bahu Rain melorot jatuh.

Her man's suite?

Maksudnya, Vic?

Perlahan-lahan Rain menyedari situasi yang didepani. Dia menyebak rambut lalu terus menyilangkan tangan ke dada. Tahulah dia kini siapa perempuan itu. Tak semena-mena, bibirnya tersungging sinis sambil dia menggelengkan kepala beberapa kali.

Bukan kelasnya berkelahi dengan cara yang hina, terutamanya demi berebutkan jantan semata-mata.

Namun bukan Rainata Blake namanya jika dia terus menyerah begitu sahaja.

Apabila dia ditarik secara paksa ke dalam gelanggang yang keji, jangan harap dia akan mengalah melainkan menang dengan cara terpuji.

Melihat gelagat wanita itu, Rain terus teringatkan Anya yang saling tak tumpah perangainya.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now