Vicious 17 | The broken vow

3.6K 353 92
                                    

And I just got to know, you aren't
worthy, even for a single penny

 

➽───────────────❥

 

Air mata diseka dengan kasar.

Sebaik dia sampai di muka pintu, Rain terus terpaku apabila sepasang anak mata tajam bak helang menyambutnya.

Vic perlahan-lahan memasukkan telefon pintarnya ke dalam kocek suit tux yang masih tersarung di tubuh. Mata Rain yang kemerahan menarik perhatiannya namun apa yang disampaikan Leo tadi lebih meracuni fikiran.

Rahangnya mengeras dan bergerak-gerak tanpa disedari. Tangan yang jatuh di sisi badan terkepal erat, menampung rasa yang sukar ditafsirkan.

"Where's Rhea?" soalnya, dingin.

"She's not going," jawab Rain, sama dingin. Tiada penerangan sebab dan musabab kenapa dia mengambil tindakan sebegitu. Sengaja dia mahu melihat reaksi lelaki itu namun malangnya Vic kelihatan selamba, tanpa apa-apa perasaan.

Yang dia perasan, anak mata lelaki itu kelihatan terkandung seribu misteri, lain dari apa yang selalu dipertontonkan.

"Good then. Let's go." Vic bergerak untuk masuk ke dalam kereta.

Tanpa bertanya mengapa.

Tanpa mempersoalkan kenapa.

Sebelum ini memang dia berniat baik mahu membawa Rhea bersama, tapi setelah mendengar kata-kata Leo tadi, angan-angan murninya hancur musnah begitu sahaja. Jadi mungkin lebih baik jika Rhea ditinggalkan.

Tak perlu dipersoalkan lagi.

Kerana dia perlu menyelesaikan perkara ini di antara mereka berdua tanpa melibatkan Rhea.

"And I'm not gonna go."

Mata Vic spontan terpicing.

"Agreement tu—mana?" Rain enggan berganjak dari muka pintu, malah soalannya pula yang membuatkan lelaki itu terkaku.

"Agreement apa?" Raut wajah Vic menegang.

Bukan wajahnya sahaja, suasana ketika itu juga sama tegang. Dalam ketegangan itu, ada sesuatu yang direntapkan dari sisi masing-masing secara senyap.

"You said Raymond agreed to let Rhea stays with us. Where's the agreement?"

"I told you, it was just a business agreement. Between me and Raymond," suara Vic mendatar.

"Business?"

Vic terdiam mendengar nada suara Rain yang berubah sinis. Lirikan matanya menyoroti langkah wanita itu menghampirinya.

"Business, worth 45 millions dollar?"

Vic mengawal otot-otot di wajahnya. Jelas dia kaget namun kawalan mindanya lebih tangkas menangkis serangan wanita itu.

Rasanya tak ada salahnya jika dia mengaku kerana kini dia juga tahu perbuatan keji wanita itu.

"So, kau dah tahu?"

"Apa yang patut aku tahu, Vic? Yang sebenarnya kau cuma gunakan aku untuk dapatkan 45 juta dolar tu? Yang Raymond gunakan aku untuk dapatkan dia pewaris lelaki? Itu ke yang aku patut tahu?"

Senyuman sinis kini bermain di bibir Vic.

"Baguslah kalau kau dah tahu. Jadi aku dah tak payah berpura-pura lagi."

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now