❝ Siapa yang pegang kunci rahsia terbesar Raymond selama ni? ❞
➽───────────────❥
Laju kaki Rain melangkah naik ke tingkat atas, meninggalkan Raymond dan Vic berbual di luar.
Sebaik tiba di depan pintu bilik Rhea, Rain melekapkan telinganya rapat di daun pintu.
Senyap.
Pasti Rhea dah tidur.
Rain kesal, sekali lagi dia mungkir janji terhadap anak itu.
Memang Rain dah berjanji dengan Rhea untuk pergi buat seketika namun siapa sangka pertemuannya dengan Vic berlanjutan sehingga lewat sebegini.
Mesti Rhea tidur dalam ketakutan tadi. Semuanya angkara Raymond yang berkasar semalam.
Rain mengeluh lemah.
Perlahan-lahan ditolak sedikit daun pintu tadi dan serta merta cahaya terang dari laluan itu melimpah masuk ke dalam bilik Rhea yang gelap dan suram. Dari muka pintu, kelihatan Rhea tertidur pulas di atas katilnya yang dikelilingi pelbagai jenis anak patung beruang kesayangannya.
Rain melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di birai katil. Tubuh direndahkan untuk mengusap kepala Rhea yang masih tertidur dan dikucupnya sepenuh kudus dahi si anak kecil itu.
Wajah Rhea dipandang, sementara fikirannya melayang mengingati janji-janji lelaki bernama Vic tadi.
Take Rhea with us...
Once we get married, I will take you and Rhea out of that house...
Rain, this is for you and Rhea...
Betulkah tindakannya yang merelakan tadi?
Walaupun dia baru mengenali, entah kenapa Rain merasakan dia tiada kuasa untuk menolak tawaran lelaki itu yang terlalu menarik.
Nasib dan ketentuan hidupnya kini diperjudikan di tangan lelaki ittu tatkala dia bersetuju.
Bersetuju untuk diselamatkan dari penjara Raymond ini.
Pipi gebu Rhea dielus lembut.
Rhea,
Demi Rhea, Rain sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa mempertaruhkan kebahagiaan Rain sendiri. Rain tak pasti betul ke tidak keputusan yang Rain ambil ni, tapi Rain buat semua ni untuk pastikan Rain dapat bawa Rhea keluar dari rumah ni.
Sebuah keluhan lirih terlepas.
Rain janji, lepas ni tak akan ada sesiapa yang boleh sakiti Rhea lagi. Kita akan lari dari daddy, dan mulakan hidup baru di tempat lain. Rain tahu, Rhea mesti suka.
Wajah Rhea yang nyenyak itu dipandang lama. Pipi Rhea pula dicium lembut. Rantai lehernya digenggam dengan padat.
Rhea sabar sikit masa lagi ya, baby...
Rain memejamkan mata seketika sebelum mengambil keputusan untuk tidak mengganggu lena Rhea lagi. Dia lantas bangun berhati-hati. Selepas merapi-rapikan rambut dan selimut di tubuh kecil itu, dia melangkah keluar dari bilik.
"What are you doing here?"
Rain menoleh selepas merapatkan daun pintu. Anya sedang berpeluk tubuh di belakangnya.
Menjeling menyampah dengan perangai Anya yang suka acah prihatin, Rain terus berpusing untuk ke biliknya.
Dia terlalu penat dan malas mahu bergaduh malam ini.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Roman d'amour━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...