❝ I'm offering you a way to
escape those people ❞
➽───────────────❥
Rain menghentak-hentak kakinya yang berkasut tumit tinggi sekuat hati, melempiaskan ketidakpuasan hati semasa melangkah keluar.
Pintu kereta Mercedes Maybach berwarna hitam itu dibuka luas oleh si pemandu sebaik melihat Rain menuruni tangga. Bolos sahaja Rain ke dalam perut kereta, pintu lantas ditutup hormat dan kereta terus dipandu pergi.
Sepanjang perjalanan yang dibiar sepi, Rain langsung tak mampu mententeramkan diri. Dia boleh bertanya kepada si pemandu tentang destinasi yang ditujui mereka namun dia lebih memilih untuk berdiam diri. Ligat fikirannya berkerja sehingga tidak menyedari yang kereta sudah memasuki laman sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang di pinggir bandar.
Seorang chaperon lebgkap berpakaian seragan hotel datang untuk membukakan pintu di sebelahnya. Tanpa sebarang kata dan hanya menggunakan isyarat tangan, dia terus diiringi naik ke tingkat atas sekali yang Rain yakin punya taman terbuka di atas bumbung.
Buat masa ini, perasaan ingin tahunya lebih meronta-ronta kuat berbanding debaran akan apa yang bakal dihadapinya nanti.
Bercampur gaul dengan perasaan bengang dengan kata-kata Raymond dan Anya tadi.
Groom-to-be?
Siapa lelaki itu sebenarnya?
Sebaik lif tiba di tingkat atas, permainan bolak-balik di dalam hatinya serta-merta bertukar rentak. Debaran yang sukar difahami sebabnya kian dirasakan sebaik dia melangkah keluar dan ditinggalkan sendirian di sana.
Melilau pandangan matanya sekitar ruang yang tak punya waima seorang manusia.
Rain melangkah setapak dua ke depan sambil memandang kiri dan kanan. Kakinya terpaku di tengah-tengah ruang.
Ruang yang dihiasi tema tropikal itu secara tidak langsung sedikit-sebanyak meredupkan suasana atas bumbung yang lebih terdedah dek cahaya matahari yang semakin meninggi. Kehadiran bumbung lut cahaya di atas sana menambah redup yang sedia ada. Angin semulajadi bertiup dan pokok-pokok kehijauan menyentuh suasana damai yang dikecapi sebentar cuma.
"You like it?"
Dup!
Hampir gugur jantungnya mendengar suara yang begitu hampir di cuping telinga. Mata terbelalak dan terkebil-kebil kaku. Entah kenapa, tubuh seakan kaku untuk berpusing. Nafas menderu, kurang stabil.
Terkesima.
Menunggu wanita itu yang enggan berpusing, Vic ambil keputusan untuk melangkah sendiri ke depan sehingga ke balkoni. Cuma belakangnya yang ditayang buat santapan mata wanita itu.
Rain menelan air liurnya yang tersekat-sekat turun.
Hilang beraninya, berganti gentar yang entah muncul dari mana.
Sisi belakang lelaki itu sahaja sudah cukup buat dia terkesima. Bersut penuh kelabu yang pada pandangannya penuh dengan aura yang sukar digambarkan.
Detik waktu sekeliling Rain seolah terhenti sebelum sesuatu melintasi fikirannya.
"Where's my necklace?"
Itu.
Itu soalan pertama dari Rain yang tak semena-mena terpacul, namun tidak disesalinya. Memang itu tujuan utama dia ke mari.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...