❝ Somehow, have you ever feel
your heart changing? ❞
➽───────────────❥
"Macam mana? Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa ada banyak darah?"
Ellie menutup pintu bilik itu lalu memandang Rain yang kalut kerisauan. Mujur juga wanita itu lekas menghubunginya sebaik Vic jatuh pengsan tadi. Jika terlewat sedikit, tentu komplikasi pendarahan lelaki itu bakal lebih memburuk.
"Dia hilang banyak darah dan luka bedah dia semalam ada terbuka sikit. I pun tak tahulah kenapa Vic tu degil sangat. He just underwent surgery yesterday, tapi hari ni dah insist nak balik. He should rest sampai luka tu betul-betul sembuh."
"What? Surgery?"
Rain tak mampu menahan diri dari mempamerkan kejutan.
Ellie memahami perasaan wanita itu. Salah Vic juga meminta dia merahsiakan apa yang berlaku. Namun sebagai doktor dan sahabat, Ellie cuma mampu menolong dengan tidak berselindung lagi. Rain harus tahu keadaan sebenar lelaki itu.
"I'm sorry, actually Vic tak bagi I bagitahu sesiapa especially you. I faham mungkin dia tak nak you risau dengan keadaan you yang tengah sarat. Tapi benda dah jadi macam ni, so I had to tell..."
Jeda. Ellie mengemam bibir.
Rain tak sabar menanti Ellie menyambung bicara.
"Actually, your dad..."
"My dad? Raymond? Apa yang Raymond dah buat?" desak Rain, kalut sambil mencengkam lengan Ellie.
"I don't know what exactly happened, tapi yang I tahu uncle datang jumpa Vic. He was so angry sampai bergaduh besar. There were guns involved. At least that was what he said to me. So you know what happened..." Ellie sengaja meleretkan bicara, biar Rain memahami sendiri apa yang mahu disampaikannya.
Rain menggeleng.
"So you're saying, daddy..."
Ellie mengangguk lemah. Tangan Rain dicapainya dan digenggam lembut.
"But rest assured, nothing's serious. Nasib baik tembakan tu tak terkena major organ Vic. I took out the bullet yesterday through a minor surgery in my hospital. However, he still need to rest. I dah bagi dia ubat untuk dia tidur lama sikit through his IV drip. I hope you boleh bagi dia rehat cukup-cukup and make sure dia tak bergerak sangat. I risau luka dia terbuka balik."
Kejutan Rain masih melanda. Sukar dia menerima semua itu, tambahan pula dia masih terperanjat dengan apa yang baru didengarnya.
Raymond ada mencari Vic.
Kerisauannya berasas rupanya.
Bunyi tembakan dalam mimpinya pula memang petanda ada sesuatu yang buruk berlaku kepada lelaki itu.
Rain memejamkan mata. Sebu hatinya.
"Rain, don't worry. He should be okay. Kalau you jaga dia, I rasa Vic mesti akan lagi cepat sembuh. I think that's why he insisted to come back today. I will let him rest in his own house if that's what he wants. Kalau ada apa-apa, you just call me cepat-cepat, okay?"
Rain mengangguk akur.
Satu bungkusan diserahkan Ellie kepadanya.
"Ni ubat tambah darah and painkiller yang Vic kena makan. Make sure he takes it when he wakes up later."
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...