Vicious 27 | I'm Late

6K 521 240
                                    

❝ Kalau kau nak aku terseksa,
kau dah lama berjaya sebenarnya ❞

 

➽───────────────❥

 

Rain memerhatikan skrin telefon pintarnya. Aplikasi kalendar yang memaparkan tarikh dan haribulan itu ditatap tanpa berkelip. Dalam hati, mengira hari demi hari yang terpapar.

Satu...

Dua...

Tiga...

Dan seterusnya sehinggalah ke hari yang kedua puluh iaitu hari ini, kiraannya mendadak terhenti.

Nafasnya tiba-tiba rasa tersendat di kerongkong. Dari tadi, ada sesuatu yang mengganggu mindanya. Setelah mengira, baru dia perasankan sesuatu.

Resah, Rain lantas mematikan dan mencampakkan telefonnya ke atas tilam. Rambutnya diraup sebelum dia menekup mulut.

Oh God!

How come, that soon?

Rain memejamkan mata.

Kepalanya menggeleng laju.

Bercelaru fikirannya.

Setelah mundar-mandir tak tentu arah di dalam biliknya, Rain ambil keputusan untuk pergi menenangkan diri buat seketika.

Keluar dari rumah ini?

Tak mungkin.

Mustahil dia mampu lepasi kawalan ketat dua orang pengawal peribadi milik Vic yang sentiasa mengawasinya. Walaupun dia sendiri jarang bersemuka dengan dua lelaki itu, namun Rain tahu tiap-tiap gerak-gerinya diperhatikan dari jauh supaya privasinya tidak terganggu.

Sementara Vic juga tiada di rumah bagi menguruskan urusan kerja di bangunannya, Rain akhirnya mengambil keputusan untuk pergi mencelupkan tubuh di dalam kolam renang buat seketika.

Rain yakin lelaki itu akan pulang lewat malam seperti sepanjang minggu yang lalu. Sejak mereka menokhtahkan perjanjian minggu lepas, Rain perasan Vic seolah-olah sengaja melebarkan jurang antara mereka. Setiap hari Vic pulang setelah hampir jam 12 tengah malam dan perginya juga di awal pagi sebelum Rain bangun dari tidur. Rain juga enggan mengambil kisah. Baginya, itu mungkin yang terbaik buat mereka berpisah nanti.

Namun sebaliknya timbul pula satu persoalan mengenai hubungan mereka.

Jika tiada hubungan, bagaimana pula untuk dia bebas?

Kalau Vic mengelak dari menyentuhnya, bagaimana caranya untuk dia mengandung dan dilepaskan pergi dari sini?

Ah, rumitnya!

Namun Rain tiba-tiba teringatkan sesuatu. Pengiraannya di kalendar tadi tak mungkin salah. Kalau benar apa yang dirasakannya, bermakna...

Rain deras menggeleng.

Mana mungkin hanya dengan beberapa kali hubungan kami, aku boleh...

Urghhh!

Bagi membendung fikiran yang mulai melalut, Rain lekas-lekas menukar bajunya kepada baju renang one piece berlengan panjang yang sedia ada di dalam wardrobe. Muat-muat sahaja di tubuhnya. Cermin bersaiz full body di dalam ruang wardrobe itu membolehkan Rain meneliti penampilannya yang jelas seksi. Berlengan panjang, namun material poliester itu melekat di tubuh umpama kulit kedua dan yang paling ketara, keseluruhan kakinya yang panjang terkeluar dari pangkal peha.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now