❝ kalau kau tak berguna untuk dia,
kau berguna untuk aku ❞
➽───────────────❥
"Rain."
"Lepaskan aku!"
Sebaik menuruni tangga, Rain tersentak ke belakang akibat lengannya yang direntap kasar.
"Rain!"
"Let me go!"
Serentak tamparan tangan kanannya hinggap di wajah lelaki itu sekaligus memaksa lilitan di pergelangan tangan kirinya kian mengetat.
Sakit!
Sebelah tangannya berbirat dicengkam sementara sebelah lagi pedih menampar. Namun Rain enggan peduli. Yang dia tahu, dia mahu dilepaskan.
Ya, dia sudah bertekad.
Bertekad untuk bebas.
Bebas dari neraka ini.
Waima dia tak punya pilihan lain selain pulang ke penjara lamanya, dia lebih sanggup berbanding terus menyerah diri untuk terus dilukai dan ditindas sesuka hati di neraka yang dicipta lelaki itu di sini.
Dia sudah tak mampu.
Semuanya terlalu menyakitkan. Terlalu memeritkan untuk ditanggung zahir dan batinnya lagi.
Lagipun dia sudah mendapatkan apa yang pemegang kunci penjara dan nerakanya itu perlukan. Segala perjanjian dan sumpah juga sudah terlerai. Tiada apa yang mengikat mereka lagi.
"Aku dah kata yang aku tak benarkan kau pergi dari sini!" tegas lelaki itu. Renungannya tajam bak helang dan menusuk bak laser ke wajah Rain yang lesi. Pipi yang pijar ditampar sikit pun tidak diendahkan.
Rain tergelak kecil yang sinis. Sungguh sinis.
Seolah-olah sudah terlalu bosan dan letih menghadap semua ini.
Apa gunanya dia di sini jika sekadar untuk terus diseksa?
Dan lelaki itu tak sedarkah yang mereka kini sudah tiada apa-apa sebaik berita perkhabaran dari sahabat baik lelaki itu diberitahu kepada mereka tadi?
"Don't you remember, apa yang kau letak dalam perjanjian tu? Let me remind you, you asked me to leave when this shit happened. And now it happened. I'll leave no matter what!"
"Yes, that's true! Memang aku yang letak syarat tu dalam perjanjian kita. Dan kalau aku yang letak, bermakna aku pun ada kuasa untuk ubah perjanjian tu!" tempik si lelaki.
Anak mata Rain berubah terkejut.
Baginya, lelaki itu benar-benar sudah gila!
"Now I'm gonna break our first rule. Aku tak benarkan kau pergi, lagi-lagi balik ke rumah tu!"
"This is too much, Vic! Lepaskan aku!"
Dada lelaki itu ditolak kasar dengan tangannya yang masih terikat erat di dalam cengkaman. Sebelah yang bebas lebih liar menolak sebelum pantas diragut. Kini kedua-dua belah tangannya dikunci kemas.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Rain bergelut, sehingga ke satu tahap hanya erangan kesakitan yang terkeluar.
Apalah sangat khudrat dia yang tak seberapa untuk menentang lelaki itu sendirian. Lagi pula, pening dan kelesuan yang dialami Rain petang tadi masih terasa-rasa melemahkan tubuh.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Roman d'amour━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...