❝Apa memori indah yang mahu
dibawanya nanti?❞
➽───────────────❥
"I can't believe it."
"You have to."
"My brother is getting married! Wow! Everyone! My.bro.is.getting.married!" teriak Isaac, mendepangkan tangan sehingga beberapa orang di ruang ketibaan itu memandang mereka berdua.
Kalau tidak disebabkan muka kacak dan susuk bergaya masing-masing, tentu rata-rata manusia di situ sudah menganggap mereka kurang siuman, terutamanya Isaac yang terpekik keriangan.
"Shut up," Vic berderam marah, menyedari mereka mula menjadi tumpuan ramai.
"Ohhooo," Isaac mengusik lagi.
Dia mana peduli, malah dia lebih suka jika berjaya menarik perhatian orang.
"By the way, who's that unlucky girl?"
Vic berjalan laju, meninggalkan Isaac di belakang. Menyesal sungguh dia datang menjemput adiknya itu di lapangan terbang padahal boleh saja dia meminta pemandunya untuk berbuat demikian. Kalau ikutkan, dia mana punya masa untuk hal remeh sebegini, tapi atas desakan Isaac, dia akur selepas dipaksa Isaac berkali-kali.
Malah bukan setakat datang mnejemput, dia juga dipaksa untuk menyabut Isaac di balai ketibaan.
Kegilaan apakah ni?
"Bro!" Isaac melayangkan lengannya ke tengkuk si abang. Bahu mereka yang sama tinggi memudahkan langkahnya untuk seiring berjalan menuju ke pintu keluar.
"Share with me. Siapa? Model? Celebrity?"
Vic menyenggol, sekaligus melepaskan lengan Isaac yang berlingkar. Kedua-duanya melangkah seiringan umpama memperagakan pakaian di atas runway, menarik mata-mata agar mengekori langkah mereka bagai magnet.
Si gadis, mengagumi.
Si jejaka, mencemburui.
Mata-mata yang melirik mereka hanya dibiarkan tidak bersambut kerana sudah terlalu biasa menerima pandangan yang seumpamanya. Ini belum ada Leo lagi. Kalau ada Leo, mahu terlanggar dinding gadis-gadis ini, atau paling tidak tersadung dek terlalu asyik melihat mereka tiga beradik. Leo, tanpa berbuat apa-apa pun sudah dapat mencuri perhatian manusia dengan susuk tegap yang tinggi lampai melebihi mereka berdua, manakala Isaac lebih suka menarik perhatian dengan gelagatnya yang nakal. Pernah sekali mereka menyaksikan seorang gadis polos hampir mencium dinding selepas dikenyit oleh Isaac padahal mereka bertiga cuma duduk senyap di kerusi restoran.
"Bro, jawablah. Kau dah kenapa diam je? Orang nak kahwin esok pun moody ke?" selar Isaac, perasankan wajah Vic yang seriak.
Moody je!
"Apa kau ni?" Vic menyoal malas. Rimas dia mendengar soalan Isaac yang bertalu-talu dari tadi. semuanya masuk telinga kanan, keluar di telinga kiri.
"Is she a model or celebrity? But I don't see any news about you getting married."
"No one knows except you and Leo."
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...