❝ Yes, you are not expected
but never unwanted.❞
➽───────────────❥
"Yes, you see it right. It's a girl."
"What do you mean?" soal Rain masih keliru. Dalam hatinya dia sendiri seakan dapat mengagak, namun dia masih enggan percaya. Semua itu mahu dinafikannya.
Sorotan mata Vic tertancap ke wajah Rain.
"Your baby. It's a girl."
Bagai halilintar, kenyataan itu menghentamnya. Rain rasa kepalanya berpusing. Dunianya gelap seketika.
"W... what?"
"Nonsense! Bullshit! This is bullshit! I don't believe it!" amuk Raymond.
Raymond makin tak tentu arah. Selama ini dia yakin benih lelaki itu mampu memberikannya pewaris lelaki. Bukankah Vic mempunya tiga orang adik beradik lelaki?
Mata Rain masih membeliak terpaku ke wajah lelaki itu. Vic menenangkan raut wajahnya menentang pandangan wanita itu.
"My business contract with Raymond is now void."
Dada Rain rasa bergoncang. Dunia yang gelap tadi, kini runtuh menghempapnya.
Semudah itu?
Semudah itu selepas semua pengorbanannya selama ini?
Jadi apa fungsi dia mengandungkan anak ini? Sedangkan selama ini dia cukup yakin anak yang dikandungkannya itu lelaki.
Adakah bermakna apa sahaja yang dilakukannya untuk memuaskan hati semua, akhirnya sia-sia juga?
Tatkala cuma tinggal dua bulan untuk dia bebas dari penyiksaan ini...
Di situ juga Rain terasa mahu pengsan.
Semua ini terlalu mengejutkan baginya.
Dia membuka mulut untuk berkata-kata, meluahkan kekecewaannya namun suaranya tersekat di kerongkong. Rain hanya mampu tersimpuh lemah ke lantai.
Vic menghampiri dan memaut tubuh longlai itu.
"Rain!"
"Kenapa... kenapa Tuhan hukum aku macam ni?" Anak mata Rain mundar-mandir tersorot, dengan empangan mata yang hampir pecah.
Vic menggeleng. Belum sempat dia menjawab, kolar bajunya ditarik Raymond supaya berdiri.
"Tell me you're lying! Kau rancang semua ni sebab kau nak balas dendam pada aku, kan? Kau suka kan tengok aku macam ni! Kau memang dah rancang lama nak kenakan aku!" racau Raymond, tak tentu arah. Tanpa amaran, tumbukannya dilepaskan ke wajah Vic.
Raymond menarik semula kolar lelaki itu. Namun belum sempat dia menumbuk sekali lagi, Vic terlebih dahulu mengunci lengan Raymond lalu membanting tubuh itu ke atas lantai.
Raymond mengerang sakit. Dadanya rasa sempit ditekan tubuh Vic yang tercelapak di atasnya.
Tumbukan dikembalikan Vic ke pipi Raymond sebagai balasan kesakitannya.
Sekali.
Tumbukan kali kedua hingga seterusnya, balasan bagi kesakitan yang ditanggung Rain selama ini!
Mengerang-ngerang Raymond kesakitan. Dia tak mampu melawan dominasi lelaki itu ke atasnya. Mukanya hanya mampu ditadah buat Vic melepaskan geram.
Setelah Vic puas, rahang Raymond dicengkam kemas.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...