Jangan datang jika kau
sekadar mahu pergi akhirnya
➽───────────────❥
Dari jauh Rain memandang Ryan yang sedang bermain sebuah kereta alat kawalan jauh yang dihadiahkan Raymond pada majlis ulangtahun kelapan anak kesayangannya itu minggu lepas.
Sedangkan Rain yang berumur enam tahun berdiri di tangga dengan seekor anak patung beruang lusuh dalam pelukannya. Palang kayu yang memagari tangga itu dipautnya sambil anak mata meliar memerhati si abang yang sedang bermain dengan Raymond. Kedua mereka riuh bergelak ketawa apabila apabila kereta permainan itu terlanggar dinding akibat Ryan yang masih belum mahir mengawal alat kawalan jauhnya.
Anak kecil bernama Rainata Balake itu berasa iri.
Cemburu dengan kemesraan yang terpamer antara si bapa dan seorang anak lelaki yang amat dikasihi. Si abang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan Ryan, akan Raymond penuhi walaupun sesukar mana untuk ditunaikan.
Tertunduk, Rain menatap anak patung beruang lusuh yang dipeluknya itu. Itulah satu-satunya barang permainan dan merupakan hadiah terakhir yang diberikan kepadanya sempena hari ulang tahun kelahirannya dua tahun lepas. Itupun patung beruang itu dihadiahkan oleh mommy. Lebih menyedihkan, ketika sambutan ulang tahunnya, daddy tidak pernah ada untuk meraikannya bersama.
Sering-kali Raymond akan memberikan alasan sibuk bekerja untuk mengelak hadir bersama. Mommy pula tak mampu berbuat apa-apa untuk membelanya. Ya, bukan salah mommy jika tidak mampu berbuat apa-apa kerana seorang Raymond Blake itu lumrahnya memang begitu sukar untuk ditentang.
Walaupun dipenuhi kasih sayang mommy, namun segalanya terhad setakat itu sahaja. Layak seorang anak kecil yang baru menginjak usia enam tahun, sudah tentulah dia juga memerlukan perhatian seorang bapa namun semua itu hanya sekadar angan buat dirinya. Yang buat Rain lebih tidak faham, kenapa Ryan boleh mendapat itu semua sedangkan tidak buat dirinya?
Misalnya pada hari lahir Ryan, Raymondlah orang pertama yang merancang segala-galanya daripada persiapan majlis sehinggalah kepada menentukan hadiah yang akan diberikan kepada Ryan.
Sebagai kanak-kanak berumur enam tahun, ya, Rain teramat sedih. Jelas benar Raymond tidak mempedulikan dirinya. Tiada waima sekelumit kasih sayang yang bersisa buatnya sementara segalanya sudah diserahkan kepada Ryan.
Menginjak dewasa, Rain lebih sedar yang dirinya itu hanya melukut di tepi gantang di sisi Raymond.
Ada pun tidak menambah.
Tiada pun tidak berkurang.
Dia wujud atau tidak wujud di dalam rumah ini pun tidak akan dipedulikan oleh Raymond sama-sekali.
Mommy sahaja yang sayangkannya.
Dan seorang lagi yang menyayangi dan menjaganya iaitu Lola, pembantu rumah warga Filipina yang berkerja dia rumah agam itu sejak Rain dilahirkan ke dunia.
Hubungannya dengan Ryan pula tak pernah rapat sejak dari dulu. Jurang itu wujud juga dek kerana ada Raymond yang kurang senang sekiranya Rain dan Ryan bergaul terlalu rapat. Jadi secara semulajadi, hubungan kedua beradik itu renggang tanpa sebab dan penjelasan.
Akibat terlalu manja dan sering dibela Raymond, Ryan membesar menjadi remaja liar yang sukar dikawal. Bahkan dengan perangai Ryan yang sebegitu, dia tetap dibela si bapa. Segala perlakuan buruk Ryan hanya diiyakan dan dituruti tanpa ada niat untuk membetulkan kesalahannya.
Mabuk.
Dadah.
Berseks bebas.
Berpati liar sana-sini.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...