❝ Give me enough reason
why she needs you ❞
➽───────────────❥
Mata Rain tercelik sebaik merasakan cahaya matahari menimpa ke muka. Tersilau, dia lantas menutup mata menggunakan telapak tangan. Walaupun suasana di dalam suite itu cukup nyaman, namun terikan mentari pagi yang terus masuk melalui tingkap begitu memijat-mijat kulit.
Sewaktu Rain mencelikkan mata sepenuhnya, barulah di menyedari kedudukannya yang berada bagitu hampir dengan seorang lagi manusia di sebelah kanannya.
Vic!
Mata Rain terbuntang. Segera dia mengangkat kepala lalu menepis lengan lelaki itu itu yang berlingkar di pinggangnya. Cepat-cepat dia menoleh ke kiri untuk mencapai bathrobe di atas lantai.
Tak sempat untuk berbuat demikian, Vic terlebih dahulu bertindak. Walaupun mamai, dia sedar apa yang berlaku antara mereka.
Pinggang ramping Rain disauk deras lalu diputarkan dengan sekaligus. Melekat belakang Rain semula ke permukaan tilam.
Sekali lagi, mata Rain membulat.
Tiada apa yang mampu dilakukan lagi terutamanya apabila bahunya ditekan dan tubuh lelaki itu mulai menghimpit separuh badannya.
Rain statik umpama patung.
"Where are you going? Hmm?"
Gulp. Rain tertelan air liur gugup mendengar suara lelaki itu yang serak.
"It's morning. Will you move aside?"
"No morning kiss?"
Rahang Rain dielus lembut dengan belakang jarinya.
"You need one?" soal Rain dengan berani.
Bertongkat naik kening Vic. Keberanian Rain buat dia terusik. Kadang-kadang dia sukar membaca apa yang bersarang dalam fikiran wanita itu.
Tapi dia suka. Suka untuk meneroka dan melihat apa lagi yang mahu ditonjolkan si dia.
"Will you let me have it?" Tangan kanan Vic mulai teraba naik ke pinggangnya. Hidungnya dilarikan pada tulang selangka Rain. Haruman itu dihidu sedalamnya.
Rain menahan, namun lengannya serta-merta dikunci di sisi kepala.
Pandangan Vic bertukar redup. Bibir Rain yang merah merekah itu dipandang dengan mata yang ruyup. Ubun-ubun Rain disentuh dan dibelai lembut sambil dia menghampiri perlahan-lahan.
Tinggal seinci lagi bibir mereka bercantum...
Grub.
Ada bunyi yang tiba-tiba muncul di antara mereka.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...