Vicious 37 | Game's Over

2.2K 311 138
                                    

Nothing is changing.
And nothing WILL change

 

───────────────

 
Edward memberhentikan Maybach yang dipandu di depan pintu utama yang tersergam.

Anak mata Rain sekadar kosong tertarah ke depan.

Tiada emosi.

Tiada rasa.

Tiada ekspresi.

Sejak mereka singgah di rumah Leo untuk mengambil Rhea tadi, tak lekang-lekang Rhea mempamerkan keterujaannya dapat kembali ke rumah ini. Di atas ribaan Vic, dia duduk sambil rancak berceloteh itu dan ini.

"We're here."

"Yeayyy!" sorak Rhea keriangan.

Pintu di sebelah Vic ditarik buka oleh Ema. Melebar senyuman pembantu rumah itu melihat Rhea ada di dalam bersama tuannya.

"Nanny!"

Tanpa berlengah, Rhea terus meloncat ke dalam pelukan Ema.

Sungguh Ema tak menyangka tuannya akan membawa balik kedua-dua insan itu kembali ke rumah ini. Cuma dalam masa satu hari pula tu!

Dalam keterujaan kedua insan itu berpelukan dan bergelak-ketawa, Vic menoleh untuk memandang Rain yang masih terkaku memandang depan. Dia yakin, ada sesuatu yang sarat mengganggu fikiran wanita itu.

Dia terus keluar dari kereta.

Ema diarahkan supaya membawa masuk Rhea ke dalam rumah terlebih dahulu. Dengan gembira, kedua mereka terus hilang ke dalam rumah. Edward juga diarahkan pergi terlebih dahulu dengan isyarat mata. Dia melihat Edward bergegas pergi dari situ.

Selepas itulah baru Vic menapak ke arah pintu di sebelah Rain dan menguak buka pintu itu.

Melihat Rain masih tidak bereaksi, dia mencapai pergelangan tangan wanita itu akhirnya.

Rain spontan terdongak.

Sorotan matanya berpindah dari lengan kirinya yang berada dalam genggaman Vic, perlahan-lahan ke muka pintu yang berada di sebelah kanan.

Betul ke tindakan dia membiarkan lelaki itu mengawalnya lagi?

Benar ke dia mahu kembali ke sini lagi?

Sesaat kemudian dia berbisik.

Tak apa, Rain.

Dua bulan je lagi.

Lepas baby ni lahir, kau boleh bebas sepenuhnya...

Kalau kau boleh bertahan berbulan-bulan di sini dulu, apalah sangat kalau setakat dua bulan kan...

"Come out."

Sejurus mendengar suara itu, dia menoleh semula ke arah Vic.

Menarik nafas, Rain akhirnya akur untuk keluar.

Menggunakan tangan kanan yang bebas, Rain cuba menolak tubuhnya yang berbadan dua keluar dari perut kereta. Menyedari kepayahan wanita itu untuk bangun dengan bantuan sebelah tangan, Vic merangkul pinggang itu untuk membantu Rain berdiri.

Rain tersentak saat tubuhnya ditarik melekap ke torso lelaki itu. Terpaku matanya, sementara Vic berlagak biasa. Cuma mata lelaki itu menyoroti wajahnya.

Lalu cepat-cepat Rain melepaskan diri.

Vic membiarkan, lalu menolak tutup pintu kereta.

Sekali lagi dia mencengkam lengan itu dan dituntun masuk ke dalam rumah. Walau dia perasan langkah Rain seakan berat, namun tiada paksaan yang dikenakan untuk wanita itu mengikutnya.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now