❝ You have to trust me.
I'll come back to you no matter what. ❞➽───────────────❥
Ting!
Sekali lagi notifikasi berbunyi.
Petanda ada mesej yang masuk ke peranti telefon pintar barunya.
Setakat malam itu, sudah empat kali bunyi yang sama, dengan mesej yang sama dikirim kepadanya. Terkandung tiga patah perkataan.
I miss you...
Dibaca, namun tiada satu pun yang dibalasnya.
Rindu...
Perkataan, malah perasaan itu bukan sesuatu yang biasa antara mereka. Tapi sejak malam tadi sehingga kini, tak henti-henti dia disirami ungkapan yang sama. Hinggakan dia keliru...
Rain menarik nafas dan menghembus lemah.
Benar, memang terasa kekosongan saat lelaki itu tiada di sisi, namun... rindukah itu?
Dan jika benar rindu sekalipun, mana mungkin dia mengakui dan meluahkan isi hati? Apatah lagi membalas mesej lelaki itu.
Perutnya diusap lembut. Matanya meredup.
Sayang... betul ke dia rindu mommy?
Serta-merta terasa perutnya ditendang dari dalam. Senak sedikit angkara tendangan itu yang lebih galak berbanding biasa.
Rain mengeluh lagi.
Dia lantas bangun dari katil lalu menghampiri window seat. Punggungnya dilabuhkan semula di sana sambil memerhati kejauhan sehingga ke pintu pagar utama rumah agam itu. Fikirannya dibiarkan melayang sehingga melangkaui sempadan pagar itu.
Rantai pemberian si dia digenggam erat sambil memejamkan mata lesunya. Jiwanya berlagu gundah.
Vic...
Kau kat mana...
BERKERIUK bunyi pintu besi itu dibuka.
Kreekkkk...
Wanita yang berada di dalam sel itu lantas mengangkat wajah. Sugul dan suram wajahnya yang dulu selalu dihiasi solekan indah dan mewah. Rambut pendeknya serabai. Tubuhnya ternyata kurus berbanding biasa. Kalau dahulu, tubuh itu berlekuk menawan, kini segalanya hilang ditelan keadaan.
Tertekan jiwanya dibiarkan sendiri tanpa ada usaha dari si suami untuk membelanya mahupun membawanya keluar dari sini. Sepanjang tempoh tahanan remannya, tak pernah walau sekali si suami hadir untuk bertemu.
Agaknya, kau dah dibuang!
Dalam diam, dendamnya tertanam dan terpendam. Makin terpendam, makin bercambah menjadi kesumat yang amat dalam.
Raymond!
Jaga kau bila aku dah bebas nanti!
Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!
"Ada tetamu nak jumpa." Pengawal penjara yang muncul di muka pintu itu bersuara. Tegas suara dan raut wajah wanita itu.
Wajah Anya jadi bercahaya.
"Siapa? Siapa? Raymond?" Matanya terbuntang dan tak tentu-hala. Ada rasa teruja dan kurang percaya muncul dalam diri. Fikirannya miring. Lagi-lagi sejak sekian lama dia tidak mendapatkan stok dadahnya membuatkan dia ketagihan yang teramat sangat.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...