Vicious 2 | Hypocrite

4.6K 425 66
                                    


❝ I don't need her, yet I got her.
So she's damn useless to me ❞

 

➽───────────────❥

 

Kuala Lumpur, 2019

Sarapan pagi itu diselubungi sunyi.

Tiada apa yang berbeza dari pagi-pagi sebelumnya.

Tegang.

Sepi.

Hanya bunyi dentingan kulteri yang didengari. Paling kuat sekali, datang dari sebelah kiri Rain. Perhatiannya serta-merta ditarik oleh figura kerdil yang terkial-kial mahu memotong sosej di dalam pinggan.

"Rhea nak Rain tolong?"

Rain menawarkan diri sebaik melihat anak berumur lima tahun itu bersusah payah mahu makan sendiri.

"Thank you, Rain—" Rhea tersenyum comel dan baru mahu menolak pinggannya ke arah Rain sebelum terhenti, ditegur Raymond.

"Rhea, no."

Terkulat-kulat Rhea memandang Raymond yang beriak tegang. Agaknya menunggu masa ditinggikan suara seperti selalunya.

Tertanya-tanya, apa agaknya salah dia kali ini.

"I said, no. Eat on your own," Raymond terus smbung makan seperti biasa.

"Rhea, you need to learn how to eat on your own, baby." Anya bersuara manja, acah prihatin.

Rain mengetap bibir. Anya yang masih bersahaja makan setentang dengannya itu dijeling geram. Ibu tiri yang cuma tua dua tahun darinya itu juga sama seperti Raymond. Tak berhati perut!

"What's your problem, huh?"

"Rain, it's okay. I can eat on my own."

Pedih hati Rain mendengar ujaran Rhea yang terselit keluhan. Kehampaan jelas tergambar di anak matanya.

Matangnya anak berumur lima tahun itu di pandangannya. Dari nada Rhea tadi, jelas dia tak mahu menimbulkan sebarang kekecohan di meja makan lagi seperti yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini.

Rain menghempas kulterinya di atas meja.

"Tak boleh ke daddy cuba be considerate sikit dengan apa yang Rhea rasa? Dia bukan anak daddy ke?"

"Rain, don't disrespect your father," sampuk Anya lagi. Kulterinya juga diletakkan ke tepi.

"Kalau perangai macam ni, siapa yang nak respect?"

"This is my house. In my house, everyone has to follow my protocols. No one is allowed to spoon-feed at my dinning table," bidas Raymond. Matanya mencerlung garang ke arah Rain.

Nampaknya sudah ada ura-ura untuk meletus lagi peperangan yang entah kali keberapa di antara mereka.

"To hell with your protocol! Rhea ni budak kecil je, daddy. Protokol apanya?!"

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now