Vicious 11 | Help

3.3K 393 126
                                    


Haruskah dia membiarkan tembok
itu runtuh begitu sahaja? ❞

 

➽───────────────❥

 

Berdiri di depan cermin besar itu, Rain nyata terkaku, terkedu, terkeliru melihat diri sendiri.

Asing.

Lain benar pantulan imejnya di permukaan kaca. Semakin dilihat, semakin dia kurang percaya dengan apa yang terpapar.

Namun tak mungkinlah cermin boleh menipu, kan?

Tak pernah lagi dia terfikir untuk menyarungkan dress sebegini kerana dia lebih meminati gaya vogue dan seksi. Walaupun off-shoulder dress itu mendedahkan keseluruhan bahunya, namun tetap tidak begitu seksi dibandingkan dengan pakaian hariannya yang kadang-kala lebih mencolok mata.

"Miss?"

Rain tersentak. Kelihatan seorang pelayan wanita yang memakai blazer dan berskirt hitam paras lutut berdiri dengan sopan di belakangnya. Seorang lagi memegang sehelai lagi persalinan yang pada perkiraannya lebih sarat berbanding apa yang dikenakan sekarang ini.

"Are you comfortable in that wedding dress, or you wanna try another dress?" Dia tersenyum tipis.

Rain melihat lagi pantulan dirinya di cermin. Sekilas cukup, lalu dia berpusing kembali.

"This is okay. Just proceed dengan dress yang ini je," tolak Rain, merujuk pada pakaian yang tersarung di tubuhnya itu. Tak perlu kut mencuba yang lain kalau dia sudah rasa cukup selesa dengan apa yang sudah tersarung di tubuh.

Lagipun dia sudah jatuh suka dengan dress yang ini.

Simple.

Ringkas tanpa sebarang batuan atau kilaun yang berlebihan. Paling penting tidak meleret, yang bakal mengundang tragedi jika tersalah langkah. Melihat dress yang satu lagi itu yang dipenuhi labuci dan terlebih panjang, Rain jadi lebih yakin keputusan untuk memilih dress ditubuhnya itu adalah tepat.

Satu lagi, apa kepentingan penampilannya jika majlis itu nanti bukan sesuatu untuk diraikan?

Jadi dress yang ringkas begini saja sudah cukup buatnya.

"Okay. We gonna add a few embellishments, maybe on the chest part. Do you prefer sequins, beads or rhinestones? We could add Swarovski too if you like it," ujar wanita itu lagi buat Rain cepat-cepat menggeleng.

"No. Don't add anything. Swarovski, sequins or whatever, don't. Leave it like this."

Berpadangan kedua-dua pelayan tadi. Riak pelik jelas terlakar di wajah masing-masing.

"But this is just too plain—"

"Yeah. That's what I prefer. Plain."

Pelayan tadi mati kata untuk membantah. Terkunci rapat mulut kedua-duanya.

"Errr, but—"

"Leave me, please. I nak salin baju," halau Rain tanpa memberi ruang mereka menyambung bicara.

Dengan sedikit teragak-agak, dua pelayan tadi keluar juga dari ruang persalinan yang hanya dibatasi tirai sebagai pintu. Rain menghembus nafas lega. Ditilik lagi imej dirinya yang terpantul di cermin sebelum dia mengambil keputusan untuk cepat-cepat menyalin semula pakaiannya. Tangan Rain mula mencapai zip di belakang untuk dilepaskan, malangnya untuk menarik zip turun di bahagian belakang lebih payah dilakukan sendiri berbanding menarik naik.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now