Vicious 4 | Jackpot!

4K 436 112
                                    


Rain without rainbow.
What does it mean?

 

➽───────────────❥

 

Rain merasakan ada sesuatu yang kurang menyenangkan tersembam di celah lehernya. Duri-duri halus terasa jelas mencucuk-cucuk kulit sensitif sekitar lehernya yang tidak berlapik.

Kelopak mata deras tercelik.

Alangkah terkejutnya dia melihat apa yang terbentang di depan mata.

"Daddy!"

Rain menolak bahu Raymond sekuat hati, namun khudrat Raymond lebih berganda. Cepat-cepat dia menangkap kedua pergelangan tangan Rain dan ditekan ke tilam.

Terkunci pergerakan Rain yang terdesak mahukan kebebasan.

"Daddy, lepaskan Rain! Apa yang daddy buat ni?!" ronta Rain, masih di dalam kejutan.

Kenapa daddy ada di sini?

Apa yang daddy mahu lakukan ni?

Apa semua ini?

"You've to pay for what happened!"

Rain menggeleng, ketakutan.

"Apa daddy merepek ni?! No, daddy! Lepaskan Rain!" Rain bergelut.

Raymond enggan peduli. Ditumus mukanya penuh liar di celah leher dan dada Rain yang terdedah. Kumis dan jambang bapanya yang tercukur pendek itu terus mencucuk-cucuk kulit.

Nafas Raymond yang memburu deras terasa jijik menyentuh kulitnya.

Rain bertekad yang dia harus melepaskan diri walau bagaimana cara sekalipun. Dinganga seluas-luasnya mulut dan digigit kepala Raymond sekuat hati. Tiada apa di dalam fikiran selain mahu menghentikan tindakan Raymond yang keterlaluan.

"Arghhh—"

"You're so disgusting!"

Rain tengking sekuat hati.

Terlepas cengkaman yang mengikat pergelangan tangannya. Rain mahu menolak dan mahu terus lari dari dicabul bapa sendiri sebelum tubuhnya direngkuh kembali dan ditekan ke katil.

"Kurang ajar!"

Pangggg!

 
 

"Daddy!"

Rain bingkas dan tuntas bangun dengan mata yang terbelalak luas. Berombak dadanya diserbu gerun akan mimpi dan realiti yang dialaminya tadi. Tercungap-cungap nafasnya.

Daddy?

Mana daddy?

Badannya menggeletar ketakutan.

Traumanya suatu ketika dahulu terasa muncul kembali.

Menyedari diri yang terdedah, kelam-kabut dia mahu menarik selimut untuk meliliti tubuh, malangnya tiada sehelai selimut yang berada di situ.

Katil itu kosong.

Lantas, kepalanya yang terasa pening ditekan segera.

Mengebilkan mata yang kembali jernih, Rain mula mengesot ke kepala katil. Terasing dirinya di dalam ruang bilik yang luas dan besar namun melemaskan.

Malah, tiada satu objek dalam bilik itu yang kelihatan familiar di matanya.

Apa yang jadi?

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now