❝ Apa yang kelihatan, cuma
sekeping hati yang melankoli ❞
➽───────────────❥
Take me.
Itu.
Itu bisikan terakhir Rain malam itu sebelum dua kakinya tak bisa menampung tubuh lagi. Kewarasannya terpadam serta-merta di saat dia hampir terjelepok ke lantai.
Vic tersentak dan dengan segera pinggang Rain disauk deras. Tahu-tahu, tubuh wanita itu sudah tertarik ke dalam pelukannya semula.
Robe kimono satin merah yang terikat di pinggang Rain juga hampir terlerai, lalu dia kemaskan kembali agar letak duduk pakaian itu lebih rapi dan menutupi lekuk tubuh yang sempat menjentik naluri lelakinya buat sesaat tadi.
Kemarahannya ternyata masih membara, terpancar di anak mata. Tanpa berlengah, tubuh lemau itu dicempung naik ke bilik. Sebaik sampai di bilik nombor enam, dia terus mencampakkan tubuh ramping itu ke atas katil. Selimut direntap dengan ganas dan dibuang sahaja ke atas tubuh Rain tanpa memandang.
Dadanya masih berombak bukan kepalang.
Rancangannya sudah tersasar jauh.
Bukan Rain yang kemabukan begini yang dimahukannya.
Shit!
Wajah Rain yang kemerahan, dipandang dengan hati yang berdongkol.
Dasar perempuan murah!
Dalam Vic memerhati, Rain mengeliat kecil. Aliran alkohol dalam darah menghangatkan tiap inci urat dalam tubuh. Berbahang dan berpeluh-peluh Rain dibuatnya sehinggakan tanpa sedar, dia menolak selimut yang menutupi tubuh. Entah bagaimana, matanya tercelik kecil. Dari celah kelopak mata yang sempit, dia melihat kelibat Vic mahu berlalu dari situ.
Seakan tersampuk, Rain lantas duduk dan merentap pergelangan tangan lelaki itu sebelum sempat dia melangkah jauh.
Memang kata hatinya mahu membantah namun berjaya ditewaskan desakan akal kurang waras yang begitu terdesak. Dia sudah tidak peduli lagi, asalkan dia dilepaskan dari sini.
Dari neraka ini.
Tersentak dengan tarikan itu, Vic drastik terpusing.
Terpicing matanya melihat Rain sudah meleraikan ikatan di pinggang sebelum robe kimono itu dilucutkan sepenuhnya dari tubuh lalu dicampakkan ke atas lantai. Kini yang tinggal melekat di tubuh itu hanya sepasang lingerie pemberiannya tengah hari tadi.
Rain tiba-tiba mendongak. Pandangan tajam lelaki itu disambut dengan berani.
Mencabar.
Entah jin apa yang merasukinya ketika itu, dia sendiri pun tak tahu. Perasaan malunya dipaksa untuk lenyap dari sudut hati. Kepala yang berdenyut, ditahan agar kesakitan itu tak terpampang si wajah walaupun hakikatnya teramat seksa untuk ditampung lagi.
YOU ARE READING
His Broken Vow | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...