Vicious 14 | The wedding vow

3.4K 360 47
                                    

❝Today vows become permanent
and two different souls become one❞

   

➽───────────────❥

 

Aisle yang dirias cantik dengan bunga-bungaan harum.

Kerusi-kerusi yang dipenuhi orang ramai, berpaling kebelakang untuk memuji dan mengagumi kecantikan si pengantin perempuan.

Si bapa yang meminjamkan lengan untuk memimpin.

Si bakal suami yang tersenyum lebar di atas altar, menantikan ketibaan.

Semua itu yang sering dikaitkan dengan impian perkahwinan nan indah sudah disingkirkan awal-awal dari ekspektasinya sebaik dia sedia menerima lamaran si jejaka.

Semua itu tak mungkin berlaku especially in this situation, Rain...

Rian menghembus nafas hiba.

"Rain, are you crying?"

Rain mengangkat wajah dan tersenyum palsu buat tatapan Rhea.

"Nope. I'm okay," tutur Rain sebelum berdiri dan menggapai tangan anak itu. Pintu gereja yang tertutup itu mahu ditolaknya namun terlebih dahulu ditarik dari sebelah dalam.

Sejurus terbuka luas, pandangan Rain tertancap kosong ke ruang dalam gereja.

Sejurus terbuka luas, pandangan Rain tertancap kosong ke ruang dalam gereja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Katedral St. John yang terkemuka di tengah bandaraya Kuala Lumpur itu mampu menempatkan ratusan pengunjung dalam satu-satu masa namun ketika itu kosong dan hening melainkan ada seorang yang duduk di kerusi depan sekali.

Sama seperti jangkaannya.

Kosong. Sunyi.

Jauh dari meriah.

Namun sangkaannya sedikit meleset apabila ruang dalam gereja dihiasi bunga-bunga anggerik putih dari pintu masuk, sepanjang aisle sehinggalah ke altar. Sekurang-kurangnya ada juga penyeri majlis kecil-kecilan itu bagi menggantikan dia yang sememangnya tidak berseri.

Pandangan dikembalikan ke depan selepas puas melihat kiri dan kanan. Di kerusi sebelah kiri, Anya duduk dan langsung tidak berpaling ke belakang. Sebaliknya, pandangannya cegat dan penuh minat melihat seorang lelaki kacak yang berdiri di sebelah kiri Vic. Lelaki tersebut sebaliknya berdiri tegak dan merenung dia di sini dengan senyuman tampan menguntum di wajah. Melihat dari gaya dan senyuman lelaki itu, Rain cukup yakin lelaki itu punya kaitan rapat dengan bakal pengantinnya.

His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now