[3.9]

294 35 40
                                    

Chapter Thirty Nine : My Heart

"Terima kasih Jungkook, sebab sudi hulurkan bantuan sepanjang menginap disini. Kami sangat-sangat hargai jasa baik kamu. Kan Seul?"

Omma Sue menyiku lengan Seulmi yang dari tadi berpeluk tubuh seakan tidak peduli.

"Em ya terima kasih. Uh Jungkook"

Jungkook menggeleng.

"Hal kecik je Omma Sue. Lagipun saya dah anggap kita semua macam keluarga. Seronok saya tinggal di sini. Kalau lah boleh duduk lama lagi, lagi lah saya suka". Ujar Jungkook riang.

Seulmi menjegilkan matanya memberi amaran tapi Jungkook cuma buat tak tahu.

"Omma Sue tak kisah kamu nak datang bila-bila pun Jungkook. Kami sentiasa alu-alu kan"

"Arasseo". Jungkook mengukir senyuman manis.

Selepas berborak beberapa minit, akhirnya Omma Sue beredar. Meninggalkan Seulmi dan Jungkook untuk uruskan hal mereka.

Orang tua tu tahu.

"Jadi... aku nak balik ni". Jungkook mendekati Seulmi. Agak dekat sehingga gadis itu boleh bau perfume yang dipakainya.

"Eoh"

"Kau tak ada apa-apa nak cakap dekat aku?"

"Selamat jalan"

Jungkook tergelak kecil. Perangai Seulmi betul-betul dah berubah sejak pagi tadi.

"Macam aku pulak yang rela nak balik ni. Bukan main hari tu kau paksa aku balik. Ni bila aku dah nak balik, kau pulak buat cara macam tak nak aku balik"

"Saya cuma tak nak cakap panjang-panjang. Nanti sampai kesudah awak tak jejak kereta tu". Jawab Seulmi dengan riak dingin.

"Dinginnya. Macam Puteri Ais. Tapi aku tahu, dalam hati masih sayang. Kan?"

"Tch awak fikir lah apa awak nak fikir. Dah, jangan buang masa dekat sini. Takut sampai sana dah larut malam. Bahaya nak drive"

Suasana senyap seketika. Jungkook cuma merenung wajah Seulmi yang suci tanpa sebarang solekan itu. Cantik.

"Seulmi-ah..". Perlahan-lahan Jungkook mencapai kedua tangan Seulmi lalu menggenggamnya.

"Mwo"

"Joh-a-hae"

"Eung. Arra"

"Come on~ jangan macam ni. Aku nak dengar kau cakap jugak. Jebal hm hm hm?"

"Shireo"

"Selagi kau tak cakap, selagi tu aku tak nak balik. Cepat"

Seulmi menggigit bibir bawahnya, menahan rasa malu untuk mengutarakan perkataan itu.

"Nado j-johahae. Uh puas?"

Jungkook tersengih gembira. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya lalu menyatukan bibir mereka.

Seulmi memejamkan mata saat Jungkook mendalamkan ciuman. Hanya mereka yang tahu perasaan masing-masing bagaimana.

"Gomawo... sebab bagi aku peluang,"

"Saya harap awak takkan sia-sia kan peluang ni. Saya percayakan awak Jungkook"

"Aku janji. Kau jangan lupakan aku eoh?"

"Takkan". Balas Seulmi yakin.

"Janji?"

Jungkook mengeluarkan jari kelingkingnya dengan kening diangkat berulang kali. Seulmi tergelak lalu menyatukan jari mereka.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now