Chapter Eighteen : You attack the wrong person
"Dah siap"
Seulmi menanggalkan cermin mata dari wajahnya. Riak mukanya menunjukkan dia berpuas hati dengan apa yang dia baru buat.
"Jajjang! Nama baru untuk goyang-ie!"
Seulmi mengambil rantai kucing yang baru siap itu lalu mencari kucingnya disudut ruang tamu.
"Goyang-ie~ Seul dah siapkan nama baru— ah kat sini rupanyaaa"
Kucing kecil itu didukungnya sambil dia melabuhkan punggung diatas sofa.
"Mulai hari ni Seul akan panggil awak Seo. Okay? Seo. Masukkan nama keluarga Seul jadi Seo Seo. Suka tak?"
Meow~
Kucing itu mula bermain dengan rantai dilehernya, seakan gembira dengan nama yang diberi.
Seulmi tersenyum.
Ding~ Dong~
Loceng apartment nya berbunyi. Lantas badan kecil Seo diangkat lalu dibawa masuk kedalam bilik.
"Seo senyap eh. Ada orang datang, jangan buat bising pulak"
Kucing itu tidak membalas. Nampaknya sibuk bermain dengan rantai leher baru.
Seulmi menutup pintu biliknya sebelum pergi ke ruang tamu semula. Nafas dihela lalu pintu dibuka.
Muka yang dia paling tak nak tengok.
"Hai". Taehyung tersenyum petak.
Seulmi pantas menutup pintunya tapi Taehyung menahan. "Hey-hey hey! Sabar lah jap. Aku tak cakap apa-apa lagi!"
Seulmi membuka pintunya semula.
"Kau buat apa dekat sini?"
Taehyung mengangkat tangannya yang terdapat beberapa bekal makanan.
"Eomma aku masak lebih. Aku teringat unit kau dekat atas unit aku jadi eomma aku suruh share sikit deng—"
"No, thanks ". Sekali lagi Seulmi ingin menutup pintunya tapi terhalang.
"E-eomma aku yang suruh! Takkan aku nak bawak balik bekal-bekal ni, tak ada siapa nak makan nanti". Ujar Taehyung laju.
Seulmi membuat muka toya. "Kau tak patut bagitahu Puan Kim yang aku tinggal dekat sini"
"Apa? Aku cuma cakap kau kawan aku"
Seulmi menyambut bekal makanan yang diberikan Taehyung.
"Aku bukan kawan kau—"
Bam!
Pintu dihempas kuat betul-betul didepan muka lelaki itu.
Taehyung hanya tersengih.
"Jangan lupa pulangkan bekas tu ya!"
Seulmi memutarkan biji matanya ke atas. Kenapa Jungkook bukan Taehyung? Kalau tak senang kerja dia nak bongkar rahsia lelaki tu.
Tak perlu dia nak goda lebih-lebih.
***
Seulmi menggenggam buku limanya erat. Geram satu.
Lagi satu masalah dia tak boleh bersuara. Cakap apa yang dia mahu.
"Sampai hati awak buat saya macam ni Taeyang. S-saya fikir awak ikhlas dengan saya—"
Taeyang tersenyum sinis sebelum dagu Aeri diraih dengan jarinya.
"Mula-mula aku ikhlas dengan kau. Tapi lepas dapat tahu ayah kau.. penjenayah, aku rasa kau yang tak ikhlas dengan aku"
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...