[2.3]

221 34 7
                                    

Chapter Twenty Three : Competitors

Sorakan gemuruh di seluruh arena. Menyaksikan perlawanan yang sedang berlaku secara langsung. Penuh debaran kerana lawan kali ini bukan lah calang-calang.

"WOOH! HYUNJIN SUNBAE! HWAITING!". Ayoung menjerit dari tempat menunggu mereka.

Hyunjin yang sudah berada dalam gelanggang, menoleh seraya melambai ke arah mereka menggunakan raket.

Jisung disebelahnya membuat muka cemberut. " asyik asyik Hyunjin! Hei kitorang beregu lah! Mana boleh support sorang je!"

Ayoung menjelir lidah ke arah Jisung. Main-main pulak dia.

"Hwaiting Jisung, Hyunjin!". Kali ni Taehyung pula menunjuk tanda semangat.

" aww akhirnya. Taehyung ssi...". Jisung terharu. Acah-acah ngelap air mata.

"Baiklah! Perlawanan akan bermula. Team dari Apgujeong akan berlawan dengan Team dari Seoul!"

"Wooo! APGUJEONG! APGUJEONG!"

Buat sesiapa yang tidak tahu. 90% penyokong di arena itu adalah penyokong tegar Apgujeong.

Sebab tu sorakan mereka kuat.

5% penonton yang tidak berpihak kepada mana-mana team.

5% lagi penyokong Seoul. Disebabkan Seoul sudah lama menyepi dari perlawanan final, kini mereka akan kembali menunjukkan belang.

NANTIKAN SAJA!

"Saya nervous,". Suara Iseul kedengaran jelas.

Dan semestinya Jungkook yang baik lagi budiman itu akan cuba menenangkan gadis kesayangannya.

"Gwaenchana. Kita boleh"

Seulmi memeluk tubuh. Memandang team beregu lelaki Apgujeong. Dia kenal salah seorang dari mereka. Turut dari team lama Apgujeong.

Dua kali lima je dengan Jaehyun tu. Menyakitkan hati.

"Start!"

Berhempas pulas Hyunjin dan Jisung berlawan dengan team apgujeong.

Mereka memang hebat. Tapi team Seoul tak mudah mengalah.

Beregu lelaki team apgujeong menang dalam set pertama. Tapi set kedua Hyunjin buat serangan balas yang cukup luar biasa. Mereka 6 mata ke depan.

Sudahnya team Seoul menang set ke dua. Dan kini mereka mara ke set yang ketiga.

"Jisung. Saem nampak kamu memang mampu menang. Tapi please jangan careless. Trick diorang langsung tak boleh dijangka". Serius Heejae saem menasihati Jisung.

Jisung yang sememangnya sudah berpeluh itu hanya mengangguk selepas meneguk air.

Ayoung ditepi hanya sibuk mengipas Hyunjin. " sunbae gempak siot!"

"Serius doh! Korang boleh menang punya!"

Kata-kata semangat diberikan pada mereka berdua.

Cuma Seulmi yang dari tadi menyepikan diri. Tajam matanya memerhati lawan beregu lelaki team apgujeong di seberang.

Jaehyun membisikkan sesuatu pada kawannya. Mereka tersenyum sinis.

Ada sesuatu yang diorang rancang.

"Ketua,"

Seulmi menoleh. "Eoh Jisung"

"Em a-aku takut kalau kitorang kalah. Kau tak marahkan kitorang kan?". Ujar Jisung takut-takut.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now