[2.8]

239 34 27
                                    

Chapter Twenty-Eight : Eyes On Me

Hari kedua perkhemahan. Suasana hening pada waktu pagi.

Seulmi yang tak pernah-pernah bangun awal tu tiba-tiba tergerak nak bangun. Dia keluar dari khemah.

Sekarang 7 pagi jadi cahaya matahari tak de lah terang sangat.

Langkah diatur ke satu bangku kecil disekitar situ lalu dia duduk.

Lama dia termenung. Peristiwa semalam.

Jungkook datang semula. Sungguh ajaib bukan? Cumanya bila lihat dirinya bersama Younghoon, Jungkook terus patah balik.

Katanya 'takde function aku datang balik'

Pale otak dia. Lelaki ke tu, tinggalkan perempuan sorang-sorang dalam hutan tengah malam. Tak de hati perut langsung.

Ppak!

"Banyaknya nyamuk...". Suara Jungkook menyentakkan Seulmi. Wajah baru tidur lelaki itu ditenungnya.

Jungkook yang baru keluar khemah itu sibuk menepuk-nepuk tubuh badannya yang digigit nyamuk. Tak perasan Seulmi disitu duk perhatikannya.

"Kita kat hutan. Benda biasa". Sampuk Seulmi.

Jungkook mengangkat kening.

"Sejak bila kau kat situ?"

"Sejak tadi. Meh sini duduk, saya boleh sapukan ubat sapu untuk awak. Nyamuk hutan ni bukan boleh percaya".

Seulmi menepuk tempat duduk disebelahnya mempelawa Jungkook duduk.

Tak banyak bantah, Jungkook melabuhkan punggung disitu. Seulmi mengeluarkan ubat sapu dari poketnya.

"Aku tak terfikir nak bawak ubat sapu"

Seulmi menyapu ubat pada lengan Jungkook dulu.

"Inilah keistimewaan saya. All ready"

"Tapi kasut sukan tak bawak pulak"

"Eoh matja. Saya ada benda nak bagitahu. Semalam sumpah saya tak jumpa kasut sukan saya. Tapi balik je dari hutan tu terus ada balik dalam beg. Pelik tak?"

Jungkook berkerut. "Kau pasti?"

"Sangat pasti. Tapi takpelah, benda dah lepas pun. Malas nak fikir"

"Aku minta maaf". Ujar Jungkook tiba-tiba. Mata Seulmi membulat.

"Heol! jangan kata awak yang ambik kasut—"

"Bukan pasal tu lah. Pasal semalam, aku tinggalkan kau kat dalam hutan sorang-sorang"

"Oh.."

"Hm"

"Jungkook.. awak tahu kan. Walau teruk macam mana sekalipun awak layan saya, saya tetap akan maafkan awak. Sebab saya sukakan awak"

Jungkook diam. Sebenarnya dia selalu keliru dengan perasaan Seulmi padanya. Gadis itu kata dia suka.. tapi kenapa semua tu rasa kosong?

***

Selepas kembali ke sekolah, semuanya berjalan seperti biasa.

Cuma Seulmi yang stress. Junkyu asyik desak dia pasal Jungkook, Jungkook, Jungkook.

Jungkook pula, lepas je balik dari perkhemahan tu langsung tak menegur Seulmi. Bila Seulmi tanya apa-apa dia cuma angguk geleng.

Lelaki tu cuba nak jauhkan diri dari dia ke? Setiap kali Seulmi nak dekat dengan Jungkook pasti ada Iseul. Iseul is everywhere!

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now