[2.0]

244 36 16
                                    

Chapter Twenty : Let me sleep,

Seulmi merengus geram. Budak Junkyu ni tak habis-habis tanya perkembangan dia.

Macam mana misi dia nak berkembang kalau Jungkook pun layan nak tak nak.

Tak! Lebih kepada tak nak langsung!

Goda dia

Goda dia

Ergh dia bukan tak goda. Jungkook je bermasalah dekat sini. Lelaki tu takde perasaan. Hati batu.

Dengan Iseul saja dia cair.

Teringat kembali perbualannya dengan Junkyu.

"Kalau kau tak selesaikan dengan cara kau, aku sendiri akan bocorkan rahsia kau untuk dapatkan apa yang aku nak. Kau faham tu?"

Dia tak faham. Apa maklumat yang Junkyu terdesak sangat nak tahu dari Jungkook tu? Apa? Apa yang ada pada Jeon Jungkook? Siapa dia?

"Ketua!"

Seulmi tersentak. Dilihat tidak jauh darinya, Ayoung melambai mesra.

Nampaknya Taehyung, Ayoung, Hana, Jisung dan Hyunjin memang dah sampai lama.

Esok mereka akan berlawan di final, selepas dua minggu bertungkus lumus berlawan dengan pasukan lain namun syukur team mereka mampu membawa diri ke peringkat akhir.

Heejae saem bukan main gembira team badminton sekolah mampu capai ke tahap ini. Tak sia-sia dia tarik Seulmi kembali.

Dan kini mereka akan mulakan perjalanan. Menaiki van private milik pengurus team tersebut.

Tak lupa Heejae saem juga akan bawa mereka bercuti selepas habis perlawanan, tak kira menang atau kalah.

Dia menarik kembali bagasinya untuk mendekati mereka tapi terhenti apabila telefonnya berbunyi.

Unknown
➡calling...

Seulmi menjungkit kening. Topi putihnya dibetulkan sebelum panggilan itu dijawab.

"Yabussayeo?"

"...."

"Siapa ni?"

"...."

Tutttt..

Panggilan terputus. Atau lebih tepat, orang disebelah sana meletakkan ganggang.

Berkerut dahi Seulmi. Apa kena orang ni. Salah nombor ke?

Sedang dia meneliti nombor itu, tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.

Pap!

Telefon miliknya terjatuh ke tanah.

"Oops? Sorry. Saya tak sengaja". Kata Iseul tanpa rasa bersalah.

Seulmi merentap tangan Iseul kuat.

" kau.."

"Ouch!"

"Boleh tak kau jangan kacau hidup aku bila aku tak kacau kau? Apa lagi kau nak dari aku?"

Iseul mendekatkan wajahnya dengan senyuman sinis.

"Anggaplah itu sebagai amaran, jangan dekati Jungkook sepanjang tempoh perlawanan ni"

"Kenapa? Kau takut dia jatuh hati dekat aku, lepastu tinggalkan kau sorang? Heh. Aku dah bagitahu kau awal-awal Iseul. Orang fake macam kau sampai bila-bila tak ada orang nak—"

"Jangan pandang rendah dekat aku Seulmi. Kau patut cakap macam tu dekat diri kau. Sebab Jungkook, akan bersama dengan aku sepaaanjang perlawanan nanti. Dia kan partner aku. Kau lupa?"

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now