Chapter Thirty Six : Because of him
"Apa Omma Sue cakap? Jap Seul rasa Seul salah dengar. Omma nak Seul pergi beli barang dengan Jungkook?"
"Nae"
"Memang tak lah!". Seulmi memggeleng. Gila ke apa nak keluar dengan Jungkook? Bukan boleh percaya lelaki tu.
Semalam dah berani nak cium dahi orang. Kang nanti benda lain pulak yang dia cium! Suka hati diaaaa aje.
"Tak salah pun Iseul. Kamu boleh lah tolong dia kenal-kenal sikit kampung ni. Takdelah sesat dia nak balik nanti.."
"Lah GPS kan ada. Dia kaya lah omma, mustahil dia buta teknologi sampai nak tersesat bagai"
"Mana kamu tau dia kaya?". Omma Sue menyoal sambil memeluk tubuh.
"T-tahulah. Tengok kereta yang dia bawak tu kereta orang kaya kan?"
"Tak payah berdalih. Lagipun dia orang lelaki. Omma Sue percayakan dia pergi dengan kamu supaya kamu lebih selamat"
"Betul tu Omma Sue. Kook akan pastikan dia selamat di sisi Kook". Jungkook yang entah dari mana tiba-tiba datang dan berdiri di sebelah Seulmi.
"Selamat kepala hotak ka-"
"Iseul..". Omma Sue menggeleng tegas.
"Yelah yelah. Suka hati. Erghh"
***
Seulmi berjalan dengan jarak selamat dari Jungkook iaitu 1 meter.
Hampir satu kampung kenal dia jadi dia perlu buat-buat tak kenal siapa Jungkook. Lagipun lelaki tu pakai pakaian budak bandar.
Jeans, baju hitam, topi hitam dan mask hitam. Jap asal dia pakai mask? Jerebu ke?
Cukuplah nak cakap yang Jungkook ni nampak sungguh attractive.
"Kenapa Omma Sue suruh beli banyak barang. Ada apa-apa ke?". Soal Jungkook sambil membawa empat plastik penuh diisi barang-barang basah.
Manakala Seulmi membawa satu plastik saja. Jungkook kata dia tak nak susahkan Seulmi so yeah.
"Setiap tahun rumah anak yatim Omma Sue akan adakan sambutan meraikan anak-anak yatim dekat situ. Ada beberapa sukarelawan datang nak meriahkan sambutan dan Aktiviti pun banyak,". Balas Seulmi seperti diwawancara penuh tauliah.
"Ohh"
"Yang awak ni kenapa datang sini waktu-waktu macam ni pastu tak nak balik? Saje nak ponteng sekolah kan?"
Seulmi nampak mata Jungkook mengecil menandakan dia tersengih disebalik mask.
"Aku nak luang masa dengan kau. Tak salah kan?"
"Psh. Banyak lah luang masa". Seulmi berjalan lebih laju ke depan. Meninggalkan Jungkook di belakang.
"Seulmi ahh..". Jungkook terkedek-kedek mengejar Seulmi dengan plastik yang berat.
" mwo- yaish". Melihatkan Jungkook yang bawa banyak plastik, Seulmi terus merampas satu. "Jangan perasan. Saya cuma tak nak plastik ni bocor,"
Jungkook senyum lebar.
"Aku rasa aku makin sukakan kau. Boleh tak kau terima je aku? I want to make you mine"
"Sorry tak berminat"
Jungkook memuncung.
" Aku tahu kau masih tak boleh move on dari aku. Tapi aku susah hati selagi kau tak jadi milik aku. Kau tahu orang cakap.. aku dah obses dengan kau"
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...