[0.3]

263 37 3
                                    

Chapter three : Run with me

"Saya cakap satu.. dua.. tiga.. kita lari. Arra?"

Jungkook angguk kecil. Membiarkan tangannya dipeagang erat oleh Iseul.
Kepercayaan diletak sepenuhnya pada gadis itu.

Iseul menghendap pengawal peribadi Jungkook yang berada diluar.

Saat pengawal itu memandang tempat lain saat itulah mereka berjalan keluar senyap-senyap.

Mereka mengatur langkah lebih laju, menyelit antara bangunan sehingga sudah cukup jauh daripada pengawal tersebut.

"Saya nak bawak awak ke satu tempat ni. Tapi kita kena cepat. Boleh?"

Jungkook hanya mengangguk setuju.

***

"Nah,". Iseul meletakkan banana uyu milik Jungkook dalam tangannya.

"Terima kasih". Serentak mereka duduk diatas bangku panjang disitu.

"Kita dekat mana?"

"Tempat rahsia saya. Taman bunga, dekat dengan rumah anak yatim Doljee"

Dahi Jungkook bekerut. "Rumah anak yatim?"

"Nae. Waegurae?"

Jungkook menggeleng. Banana uyunya disisip sedikit. Udara ketika itu nyaman. Baru lepas hujan, jadi aura semula jadi itu kuat.

"Hey,"

Iseul menoleh kesisi memandang Jungkook.

"Apa pandangan kau tentang aku?"

Iseul menjungkit keningnya. Kenapa lelaki ni, tiba-tiba tanya soalan macam tu.

"Awak tampan. Saya syak awak ramai peminat"

"Ramai peminat?". Jungkook tergelak sinis.

Dengan mata yang buta macam ni, macam lah ada orang yang nak minat.

"Yelah. Kenapa? Awak tak percaya? biar saya bagitahu awak"

Jungkook mendiamkan diri memberi ruang Iseul bercakap.

"Bulu mata awak panjang, mata awak bulat. Comel— bagi saya lah. Hidung awak besar—"

"Hidung aku apa?"

"Kejap bagi saya habiskan dulu". Ujar Iseul mengawal suaranya daripada tergelak.

"Hidung orang tampan memang besar kan? Macam awak". Sambungnya meraih riak muka tak setuju daripada Jungkook.

"Dan yang terakhir.. bibir awak. Bibir awak sangat unik Jungkook. Tak pernah lagi saya jumpa sebelum ni"

"Kau minat bibir aku?"

"A-apa? Oh tak tak tak. Mestilah tak. Saya cuma bagi pandangan saya je"

Jungkook senyum sinis, dapat dia rasakan wajah gadis itu sedang memerah. Keadaan kembali sunyi.

Mereka mengambil nafas dalam. Menikmati haruman bunga yang pelbagai. Dengan suasana yang sepi, tiada sebarang bunyi yang menganggu.

Ketenangan yang sukar untuk didapati. Lagi-lagi didunia yang serba moden kini.

"Cerita tentang diri kau. Aku.. nak tahu". Kata Jungkook memecah sunyi.

"Hm? Tak ada yang menarik tentang saya. Saya cuma anak yatim, yang ditinggalkan membesar di rumah anak yatim. Membesar disana kedengaran sedih tapi syukur saya gembira. Saya berhenti sekolah sejak 7 tahun sampai sekarang"

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now