Outro

335 43 61
                                    

"JUNGKOOK TAK GUNA!"

Seulmi membaling bantal peluknya ke lantai. Mana tak nya. Perangai Jungkook memang mintak flying kick!

Punya lama orang tunggu dia balas, sampai kesudah dia tetiba mintak break pastu terus block orang.

Kejadah?!

"Argh! Ini semua bodoh! Aku benci semua harapan palsu ni!". Semakin kuat Seulmi memberontak. Membaling segala benda diatas katil ke bawah.

"Jungkook setan! Dia fikir dia anak raja?! Aku dah kata tak payah pergi sana nak pergi jugak! Tengok apa dah jadi?! Dasar-"

Kesana kesini kesana kesini~

Tiba-tiba telefonnya berdering. Seulmi melihat nama pemanggil.

Syarikat Eco Ent.

Peti suara dibetulkan. Marah kat Jungkook punya pasal sampai hilang suara.

"Y-yabussayeo.."

"Yabussayeo. Ini cik Seo Seulmi ke?"

"Ya saya"

"Ah kami hubungi cik untuk maklumkan bahawa permohonan cik untuk bekerja di Eco Entertainment tidak diterima. Mohon maaf-"

Tuttttttt.....

Seulmi mematikan panggilan. Tak sanggup dia nak mendengar lagi. Buat kali ke 15 dia di 'reject'.

Kesana kesini kesana kesini~

Sekali lagi. Panggilan dari syarikat yang sama.

"Maaf cik. Kami cuma nak memberitahu, syarikat kami tidak menerima pekerja yang tiada memenuhi syarat kelayakkan. Untuk ketahui lebih lanjut cik boleh merujuk-"

Tutttttt......

Seulmi menyembam mukanya ke katil.

"Huhuhuhu malangnya nasib kau Seulmi. Tak cukup dengan kerja nak reject kau, Jungkook pulak mintak break, orang lain nasihat kelayakkan kerja.. Apa nak jadi dengan hidup kau ni Seulmi? Sedih tau sedih!"

Kesana kesini kesana kesini~

"Hello! Apa lagi kau nak?! Tak cukup dengan nasihat sekarang nak berceramah pulak ke?!"

Talian senyap seketika. Seulmi berkerut pelik. Dilihat nama pemanggil.

SNJ Corp.

Mata Seulmi terbuntang, sekaligus dia terduduk tegak.

"Yabussayeo? Maaf mengganggu. Boleh saya tahu, ini cik Seo Seulmi ke?"

"Y-yabussayeo. Ya saya Seo Seulmi. Maaf sebab tiba-tiba melenting tadi, saya.. betul-betul biadab. Maafkan saya"

"Eoh haha gwaenchana. Kami faham perasaan cik. Kerja memang susah nak dicari sekarang. Tak apa sesekali hilang sabar"

Seulmi menggigit bibirnya malu.

"Saya dari pihak SNJ Corp. ingin memaklumkan bahawa permohonan cik berjaya dan cik Seo Seulmi diterima bekerja di syarikat kami"

"J-JINJJA?!"

"Nae. Esok cik boleh datang ke SNJ Corp. dan bertemu dengan CEO kami untuk pengesahan"

"A-arasseo! Kamsahamnida!!"

Tutttt....

Panggilan dimatikan. Seulmi tak dapat halang rasa gembiranya lagi. Dia melompat-lompat diatas katil.

"YEAY! AKHIRNYA! SIAPA KATA AKU MUNDUR?! AKU BERJAYA!"

***

"Em maaf tumpang tanya, bilik CEO tingkat berapa?". Seulmi menyoal dengan sopan pekerja di kaunter syarikat itu.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now