[0.5]

252 40 4
                                    

Chapter Five : Meet

Seulmi melihat sekelilingnya, dengan tangan yang tersemat di poket blazer.

Waktu rehat semua orang akan pergi ke kafeteria, perpustakaan.. cuma dia yang rajin nak berjalan pusing satu sekolah.

Lagipun tak salah nak jimat duit belanja sekolah.

Rambutnya juga sudah diwarna baru. Kalau sebelum ini berwarna blonde. Sekarang sudah berwarna merah, ber-highlight  hitam.

Memandangkan Jimin mengajaknya keluar semalam, dia nak rasakan aura yang baru.

"Aku tanya kenapa kau tak siapkan kerja sekolah aku?!"

Buk!

"J-jangan.."

"Kau ni menyusahkan lah! Dah lah lembik! Aku suruh buat kerja tak nak! Bodoh!"

Seulmi memberhentikan langkahnya sambil menoleh ketepi. Dia menghela nafas berat.

Kenapalah waktu-waktu sekarang juga. Dia tak ada mood langsung. Tanpa menghiraukan rintihan sakit tadi, dia berjalan semula kehadapan. Malas melayan.

"Mama mesti menyesal lahirkan anak tak berguna macam kau!"

Tap!

Langkahnya terhenti.

"Aish—". Seulmi bertukar arah, berjalan ke tempat datangnya suara tadi.

Dilihat seorang gadis mahu menampar manusia dihadapannya yang ketakutan. Lelaki.

"Yah Kim Iseul..."

Gadis itu memberhentikan perbuatannya. Seulmi terus berjalan dan menarik lelaki itu berdiri dibelakangnya.

"Kau gila ke?". Soal Seulmi geram.

"Gila? Aku gila? Dia tu yang gila!"

Lelaki itu menunduk takut. Badannya menggigil, dengan lebam-lebam disatu badan.

"Dia kembar kau lah. Tak serik ke buli dia macam ni?"

Iseul memeluk tubuh. "Sampai bila-bila, tak"

Seulmi menoleh ke belakang melihat lelaki itu semula.

"Pergi balik kelas sekarang—"

"Yah! Kau sibuk kenapa?!". Bantah Iseul terus.

Lelaki itu teragak-agak mahu mengikut arahan Seulmi atau tidak.

"Sekarang"

Akhirnya lelaki itu menurut. Meninggalkan Seulmi dan Iseul berdua disitu.

Seulmi memandang Iseul yang nampak kepanasan disitu. Marah barangkali.

"Kau tak perlu sibuk hal aku Seulmi! Ini antara aku dengan dia!"

"Kau suruh dia buat kerja sekolah kau tu tak menyibuk lah?"

Seulmi menghela nafas panjang. Cuba bersabar. Dia tak mahu berlaku pergaduhan disitu.

"Depan orang kau berlagak baik, nerd, rajin, pemalu.. belakang orang keluar perangai setan kau. Buli adik sendiri, kau tak malu ke?"

"Peduli apa aku! Suka hati aku nak buat apa yang aku suka. Kau tu yang cemburu, tengok semua perhatian pada aku. Mereka nak berkawan dengan aku, kau? Heh, tak ada"

Seulmi mengangkat bahu.

"Sekurang-kurangnya aku tak terseksa nak berlakon macam kau. Attention seeker—". Seulmi terus berjalan keluar dari situ.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now