[1.7]

231 39 3
                                    

Chapter Seventeen : New Boy

Suasana sepi seketika. Perhatian semua pelajar ke arah mereka berdua.

"Kau.. berdarah". Ujar Seulmi sebaik melihat darah keluar dari hidung lelaki itu.

"Hm? Gwaenchana. Aku okay-"

Belum sempat lelaki itu habiskan ayatnya, badannya sudah tumbang betul-betul ke arah Seulmi.

Seulmi menahan tubuh lelaki itu dengan riak terkejut. "Yah"

Lelaki ni pengsan.

Pelajar perempuan yang lain sudah menjerit berfangirling. Sah, lelaki tu popular dekat sekolah.

Dia je kot duduk bawah tempurung tak kenal siapa budak yang dah tolong dia ni.

"Yah! Bawak dia pergi bilik kesihatan!". Jerit salah seorang dari mereka.

"Bilik kesihatan? Aku? Gila ke, lelaki ni berat siot". Bisik Seulmi tak percaya.

Tiba-tiba dia merasakan beban dibadannya berkurang dan ada satu tangan lain yang mengambil lelaki itu.

Matanya bertembung dengan mata Jungkook. "Biar aku bawa dia"

Seulmi tersenyum manis. "Aww, gentle-man nya. Geurae. Biar saya teman!"

Jungkook tidak berkata apa-apa, malah terus membawa lelaki itu pergi. Seulmi hanya mengekori dari belakang.

Fangirling dengan kebaikan Jungkook.

***

Seulmi menongkat dagu melihat pelajar lelaki yang tidak sedarkan diri diatas katil itu.

Pelik, dia tak ada nametag. Jadi Seulmi tak tahu apa nama dia.

"Bila dia sedar nanti tolong sapukan benda ni dekat hidung dia ya"

"Baik, terima kasih"

Selepas perawat sekolah tersebut keluar dari situ, Jungkook terus memandang Seulmi.

"Ini semua sebab kau"

Seulmi mengangguk. "Sebab saya.. kita dapat berdua dalam bilik ni". Ujarnya gedik.

"Bertiga". Mata Jungkook memberi isyarat ke arah pelajar itu.

"Kau tak ada kerja ke sampai nak berdiri tegak tepi padang? Budak-budak main bola banyak sepak ke situ. Bahaya"

"Omo, awak risaukan saya ke? Aww-"

"Aku cuma persoalkan kebodohan kau"

"Nae naee. Tak perlu jelas panjang. Saya tahu awak risau kalau saya yang kena bola. Tapi takpa, ini.."

Seulmi menunjuk ke arah dirinya.

"...saya selamat. Awak boleh tarik nafas lega ya Jungkook"

"Kau memang annoying"

"Terima kasih. Awak pun comel juga"

"Aku tak comel. Aku handsome"

Sedang mereka berdua rancak berbual, pada masa yang sama mata pelajar lelaki tadi perlahan-lahan terbuka.

Mata Seulmi tertumpu ke arah manusia yang cuba duduk dari baringnya itu.

Dah tau sakit nak duduk juga.

"Dah sedar?". Gadis itu bangun lalu duduk disisi katil itu tanpa teragak-agak.

"Sakit lagi ke?".

Lelaki itu angguk. "Sikit.. tapi dah okay"

"Eish itu jelah kau cakap tadi. Last-last pengsan atas aku". Ujar Seulmi perlahan. Dia meneliti muka lelaki itu, barulah dia perasan ada luka ditepi hidung mungkin sebab terkena bola tadi.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now