[0.7]

224 41 9
                                    

Chapter Seven : Art Project

Minggu kedua persekolahan. Tiada apa yang lagi teruk daripada kebencian yang Seulmi terima disitu.

Lagi-lagi daripada insan yang bernama Jeon Jungkook. Banyak cara Seulmi gunakan untuk tarik perhatian dia, tapi Jungkook langsung tak pandang.

"Baiklah, cikgu nak kamu semua cari pasangan untuk projek seni yang kamu akan buat. Seeloknya rakan semeja kamu"

Semua sudah berborak gembira dengan kawan sendiri. Lain dengan Seulmi.

Dia terus angkat tangannya.

"Saem! Saya tak ada partner"

Satu kelas mula tertumpu ke arahnya. Berbisik satu sama lain.

Yelah, meja sebelahnya kosong. Takkan dia nak ajak hantu jadi partner dia?

"Kalau macam tu kamu pilihlah sesiapa, dan salah seorang itu harus buat kerja bergilir. Antara partner dia dan kamu. Markah tetap sama"

"Saya pilih Jeon Jungkook". Ujarnya laju.

Jungkook yang terkejut tidak sempat membantah.

"Jeon Jungkook, sila beri kerjasama. 50 markah dengan partner kamu dan 50 markah dengan Seulmi. Faham?"

"Nae"

"Baiklah, saya akan terangkan apa yang perlu kamu semua buat"

Jungkook memejam matanya rapat. Geram dengan keputusan yang Seulmi buat. Dah lah tak tanya dia dulu.

Kalau tanya pun memang dia tak akan setuju.

"Jungkook..". Suara Iseul menyedarkan dia dari lamunan.

"Awak okey tak ni?"

"Ah ya aku okay". Jungkook angguk dengan senyuman kecil. Seketika dia menjeling Seulmi ditempat duduk belakang.

Dalam masa yang sama dia tengok perempuan itu sedang senyum ke arahnya.

Manakala disituasi Iseul, dia memerhati Jungkook dan Seulmi yang bermain mata. Hatinya tiba-tiba rasa panas.

Dia tak akan biarkan.

***

Loceng waktu rehat berbunyi. Seulmi laju meluru ke arah meja Jungkook.

"Jadi Jungkook, kita nak buat dekat mana?". Soalnya teruja.

Jungkook hanya mengeluh.

"Bukan dekat rumah kau, bukan dekat rumah aku. Aku akan buat sendiri—"

"Naeeee??? Andwae. Kau tak boleh buat macam tu. Nanti kau seorang je dapat markah penuh! Aku???"

"Tak ada sebab aku kena kisah pasal kau. Lantak kau lah. Markah kau, bukan aku"

Tap!!

Seulmi mengetuk meja Jungkook kuat. Mengejutkan mereka yang masih ada di dalam kelas.

"Kata muktamad, Jeon Jungkook akan buat bersama Seo Seulmi. Saem yang kata"

"Selasa depan aku akan buat dengan kau. Tapi hari seterusnya aku akan buat dengan Iseul. Kau dilarang kacau. Faham?"

Seulmi memandang ke arah Iseul. Sakit hatinya apabila Iseul dilebihkan. Tapi dia tahan.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now