[0.1]

489 52 6
                                    

Chapter One: My Life

Kedai antik, tempat kegemarannya. Hidupnya penuh dengan kesibukan jadi dia jarang-jarang dapat ke situ. Memandangkan hari tersebut dia ada masa lapang, jadi digunakan sebaiknya.

Apa yang dia suka tentang kedai antik ialah barang-barangnya yang unik dan menawan. Tetapi sedih, tiada siapa yang sudi datang ke situ.

"Eoh, Iseul. Lama pakcik tak jumpa,". Tegur seorang lelaki tua yang agak berumur merangkap pemilik kedai itu.

Iseul tersenyum. "Selamat pagi. Pakcik sihat?"

"Macam biasa. Kamu macam mana?"

Perbualan mereka berterusan, bercerita tentang keadaan kedai antik itu sejak ketiadaannya. Gelak tawa mereka juga kedengaran, sehingga tidak perasan loceng di pintu masuk kedai berbunyi.

"Kamu masih minat dengan segala hal badminton ni?". Pakcik itu menunjuk ke arah ukiran badminton yang dipegang Iseul.

"Saya rasa masa silam saya ada berkait dengan raket semua ni, sampai saya tak boleh berhenti berfikir pasal badminton, siang malam. Tapi itulah, apa yang saya mampu buat—"

Kcingggg!

Bunyi itu menyentakkan mereka. Seakan bunyi sesuatu yang pecah.

Iseul menuju ke arah seorang lelaki yang sedang melutut, memegang serpihan kaca diatas lantai.

"Awak tak apa-apa?". Soalnya prihatin. Namun soalannya tidak dibalas. Remaja itu pun langsung tidak memandangnya.

"Biar saya tolong—"

"Jangan,". Tangan Iseul ditepis. Tersentak gadis itu dibuatnya.

"Aku boleh buat sendiri. Pergi"

Dahi Iseul berkerut tidak faham. Namun satu benda dia perasan, remaja lelaki itu memandang satu arah sahaja. Tangannya dilambai didepan muka lelaki itu tetapi tiada balasan.

Buta?

"Eoh, tangan awak berdarah.."

Tidak menghiraukan Iseul, dia terus mengutip segala serpihan itu dan menghulurkan pada orang dibelakangnya.

Ah, ada orang. Sejak bila?

Nampak gaya seperti pengawal peribadi. Mungkin anak orang kaya?

"Mana pemilik kedai ni?". Soalnya sambil bangun membetulkan bajunya.

"Saya,". Pemilik kedai tadi bersuara selepas lama memerhati. Lelaki itu pantas menundukkan kepalanya.

"Saya minta maaf, tak sengaja pecahkan barang pakcik—"

"Eh, tak apa. Pakcik tak kisah sebab itu barang lama dan pakcik tak ada guna pun. Lebih baik kamu rawat tangan kamu tu. Berdarah"

"Saya okay"

"Awak tak nampak macam okay,". Sampuk Iseul laju.

"Jangan sibuk,"

Iseul terdiam seketika. Ton suara bila dia bercakap dengan pakcik itu lembut. Bila bercakap dengan dirinya kasar. Dia ada buat salah ke?

"Pakcik ada peti pertolongan cemas,  tapi pakcik tak pandai guna. Iseul tahu nak guna?". Soal lelaki tua itu. Pantas Iseul mengangguk.

Peralatan itu dibawa kemari lalu diberikan kepada Iseul.

"Duduklah,"

"Aku boleh buat sendiri—". Iseul menarik tangan remaja itu untuk duduk bersamanya. Cukup untuk buat lelaki itu terdiam.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now