+YEAY UPDATEEEE WOHOO
chapter panjang + emo. Sila sediakan lagu dan snek kegemaran anda.
Jangan lupa votes dan comment!
___Chapter Thirty Three : Truth
Sesudah sarapan, Seulmi mengambil alih tugas membasuh pinggan di singki ditemani Omma Sue.
"Kamu masih tak nak bagitahu Omma apa yang jadi Iseul?". Soal Omma Sue memecah sunyi.
Seulmi mengeluh lalu menggeleng.
"Seul tak sedia lagi. Tunggu sampai masa nanti ya Omma Sue?". Balas Seulmi dengan senyuman nipis.
Nak tak nak Omma Sue terpaksa akur. Kalau gadis itu tak bersedia nak bercerita, dia cuma perlu tunggu.
"Unnie! Palli! Lean nak borak dengan unniee". Lean yang entah datang dari mana, suka-suka menarik hujung baju Seulmi.
"Eoh Lean. Jamkkamman,"
Usai dengan pinggan yang terakhir, Seulmi mengelap tangannya yang basah.
Tak tunggu lama Lean terus menarik tangan Seulmi keluar dari rumah dan duduk di kerusi panjang yang ada.
"Apa yang Lean teruja sangat nak borak ni?"
"Unnie cerita lah lagi dengan Lean. Lean nak dengar cerita. Mesti ada lagi kan?"
Soalan padu Lean membuatkan Seulmi membatu. Lama kelamaan dia mengukir senyum.
"Macam mana Lean tahu ada lagi?"
Lean memberi isyarat, menyuruh Seulmi menundukkan tubuhnya.
Lean membisik sesuatu pada telinga Seulmi.
Mata Seulmi membulat.
***
"Cakap lah dengan aku Iseul. Jangan macam ni". Pujuk Jungkook.
Dah 2 hari Iseul memberikan layanan dingin kepadanya. Entah kenapa.
Perempuan tu yang nak tahu sangat ideal type nya. Dah tahu macam ni kesudahnya.
"Namchin apa yang cakap yeochin dia bukan ideal type dia? Saya tak boleh terima tu Jungkook"
Sebaik bunyi loceng sekolah berbunyi, Iseul terus beredar untuk pulang.
Jungkook mengeluh kesal.
Tak sangka perempuan macam Iseul ni lain macam mengadanya bila dah jadi yeochin.
Nak tak nak dikejar juga gadis itu yang sudah ke luar pagar sekolah.
Dari situ Jungkook memujuk Iseul sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Memandangkan rumah mereka melalui jalan yang sama, jadi senang.
"Aku dah bagitahu kau kan, aku akan cuba. Tak semestinya ideal type aku tu betul-betul wujud. Sekarang ni kan kau dah jadi yeochin aku, mestilah aku tak pandang perempuan lain"
Iseul berhenti tiba-tiba. Begitu juga Jungkook.
"Kalau ideal type awak tu ada depan mata awak macam mana. Awak nak tinggalkan saya?"
Jungkook menggeleng kesal. Tak sangka mereka bergaduh hanya disebabkan ideal type saja.
"Kenapa aku nak tinggalkan kau kalau kau tak buat apa-apa salah pada aku?"
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...