Chapter Thirty Four : She is different
Kawasan persekitaran rumah itu agak besar. Banyak keperluan dan lain-lain. Semuanya untuk keseronokkan anak-anak yatim disitu.
Jungkook dan Omma Sue masuk ke dalam rumah anak yatim tersebut.
Suasana sunyi menyerpa. Hanya beberapa orang anak kecil saja ada di dalam.
"Eoh Jihyun-ie, mana yang lain?". Soal Omma Sue pada Jihyun yang sedang bermain masak-masak dengan kawannya.
"Eh Omma Sue dah balik? Jihyun main dekat dalam je. Ada yang tidur dekat atas. Yang lain masih main dekat taman"
"Aigoo berapa kali dah nak kata sebelum senja masuk rumah. Jihyun tolong panggilkan mereka semua masuk boleh?"
Jihyun mengangguk lalu mengatur langkah ke pintu yang menghala ke arah taman.
"Mianhae Jungkook-ah. Diorang biasa lah macam ni. Selagi Omma tak balik, selagi tu leka main dekat taman tu"
"Ada taman dekat sini?". Soal Jungkook terkejut. Tak sangka begitu mewah juga rumah anak yatim tu.
"Ada, sumbangan penduduk sini. Kalau nak tengok kamu keluar je ikut pintu tu eoh? Omma nak siapkan bahan masakkan ni dulu"
Jungkook mengangguk. Selepas saja Omma Sue masuk ke dapur, Jungkook pergi ke arah yang Jihyun lalu tadi.
Buka saja pintu yang ibarat sliding door itu, Jungkook terus terpana.
Betul, ada taman.
Gelongsor, jongkang-jongket, buaian semua ada.
Tak sampai berapa saat dia disitu, budak-budak kecil mula mengerumuni Jungkook.
"Eh oppa ni siapa? Kenapa ada dekat sini?". Soal Sora pelik. Yang lain turut menanyakan soalan yang sama.
"Oppa sesat eh? Ni rumah anak yatim tau bukan akademi fantasia. Oppa anak yatim jugak ke?"
Jungkook tak tahu nak balas apa.
Yelah, jarang dia nak bergaul dengan budak-budak kecik ni. Ada pun seorang je adik saudara dia. Jungwoo.
"Tak lah korang. Omma Sue yang bawak di ke sini. Oh lupa! Omma Sue suruh korang semua masuk. Dah gelap nii". Sampuk Jihyun yang dari tadi berangan.
Seorang demi seorang beransur masuk tapi masih ada yang sibuk nak menanya Jungkook macam-macam.
"Oppa, apa nama oppa?"
Jungkook tersenyum kecil. "Jeon Jungkook"
"Annyeong Jungkook hyung. Saya Jinu. Selamat berkenalan". Jinwoo menghulur tangan lalu berjabat dengan Jungkook dengan lagak berlagaknya.
Sangat cool disitu ya.
"Saya Bap! Ni adik kembar saya, Chi"
"Saya Jihyun!"
"Hai, Saya Sora! Sora rasa Sora minat dekat Jungkook oppa lah. Jungkook oppa handsome!"
Jihyun menyiku Sora.
"Mana boleh lahh. Oppa ni dah besar. Budak kecik macam kita tak boleh suka oppa yang besar-besar"
"Entah. Jinu pun lagi handsome". Jinwoo memeluk tubuh.
"Hyung! Hyung masih sekolah ke?". Soal Bap teruja. Jarang nak jumpa remaja lelaki lawat rumah anak yatim ni. Handsome lak tu.
"Eoh.. tahun akhir,". Angguk Jungkook.
Mereka memandang satu sama lain sebelum memandang Jungkook semula.
"Kalau macam tu hyung mesti kenal noona kan?"
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...