Chapter Ten : Push Me Away
"Seul pergi sekolah dulu ya goyang-ie. Jangan nakal-nakal tau"
Badan kucing itu dibelai lembut. "Meow.."
Seulmi bangun sambil memakai hoodienya. Beg sekolah dicapai sebelum dia mengatur langkah ke pintu.
"Hai—"
"Kau buat apa dekat sini, stalker?"
Taehyung tersenyum petak. "Kau ingat tak haritu aku cakap aku ikut kau? Aku baru dekat kawasan sini dan aku mudah sesat orangnya. Aku ternampak kau—"
"Itu tak jawab soalan aku, mana kau tau ini unit apartment aku?"
"Aku tanya guard dekat bawah. Hey! Unit aku dekat bawah kau je. Tak sangka—"
"Stalker. Dah lah, tepi"
Taehyung kebelakang memberi ruang untuk Seulmi jalan selepas itu dia mengekorinya.
Sama-sama masuk kedalam lif. Sesekali Taehyung melirik ke arah gadis itu. Dia nak mulakan perbualan tapi asyik terbatal niatnya tu.
Keluar dari kawasan apartment itu masih sama, Taehyung berjalan disebelah Seulmi.
"Kau boleh tak jangan ikut aku? Aku tak selesa ada stalker macam kau dekat sebelah aku"
"Kan aku dah bagitahu, aku mudah sesat"
"Tak ada kaitan dengan aku. Kau sesat, sesat lah. Kenapa aku nak kisah"
"Kau tahu, balik dari kedai semalam.. aku ternampak seorang manusia macam cuba seludup sesuatu dalam apartment kita. Aku nampak samar-samar.. benda tu berbulu! Orang tu pula macam penjenayah—"
Seulmi berhentikan langkahnya.
"Kau nak ugut aku?"
Taehyung mengangkat bahu. "Entah..?"
"Fine kau boleh ikut aku. Tapi jangan anggap aku ni macam kawan kau. Sebab aku bukan dan aku tak teringin pun. Dekat sekolah kita completely stranger,"
"Okay"
Seulmi memutarkan biji matanya ke atas.
Aku buat semua ni semata-mata untuk goyang-ie je.
Lelaki ni betul-betul dah tak betul.
***
"Ahhh tolonglah Seulmi. Saem merayu! Jebal jebal jebal. Kali ni, untuk saem je!"
Wanita yang dikenali sebagai guru disekolah itu, mengatupkan tangannya seakan merayu dihadapan Seulmi.
Seulmi mengeluh.
"Tapi Saem. Kan saya kata saya dah berhenti benda ni dua tahun lepas. Saya tak boleh"
"Saem dah tak ada orang lain boleh diharapkan selain kamu seorang Seulmi. Kamu tahu kan, sejak kamu tak ada. Kelab badminton sekolah kita tak pernah masuk final. Prestasi merundum teruk!"
"Saya bukannya buat apa-apa sangat. Lagipun saya rasa bakat saya dah hilang.."
Guru bernama Heejae itu menggenggam tangan Seulmi.
"Saem akan latih kamu semula. Tapi Saem nak kamu masuk perlawanan tahun ni. Jebal, Saem perlukan kamu sangat-sangat"
Seulmi diam seketika. Dia memejam mata lalu menghela nafas berat. "Gurae.."
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...