Chapter Eight : Caring Is?
"Well, well. Rasanya dah lama aku tak makan udang tempura... Bila agaknya aku berpeluang untuk makan benda tu lagi?"
Seulmi bercakap seorang diri sementara berdiri tegak dihadapan banner kedai tepi jalan itu.
Udang Tempura Keluarga Jinhyuk!
Buka hanya satu jam sehari, pukul 10 a.m. hingga 11 a.m.
Sabtu dan Ahad tidak dibuka!"Yah, kalau buat macam ni sampai bila-bila pun aku tak boleh pergi. Kalau minggu sekolah ada cuti pun, saem nak buat kelas tambahan. Bilaaaaa"
Bibir bawahnya sudah muncung kedepan. Seulmi meniup rambutnya yang menutupi muka.
"Senang. Beli udang tempura frozen. Goreng dekat rumah"
Sebelah kening Seulmi terangkat. Dia toleh ketepi, melihat seorang lelaki yang turut menghadap kedai itu.
Siapa.. budak pelik ni?
"Hey". Tegur lelaki itu.
Seulmi tidak membalas. Dia memerhati baju sekolah yang dipakai lelaki tersebut. Tapi ditutup dengan hoodie nya. Nampak gaya, mereka dari sekolah yang sama.
"Kita dari sekolah yang sama". Ujar lelaki itu lagi.
"Apa-apa lah". Seulmi berpaling dan meneruskan perjalanannya kesekolah.
Manakala lelaki itu ikut berjalan disebelahnya.
"Seulmi kan? Nama aku Kim Taehyung"
Seperti tadi, Seulmi hanya mendiamkan diri sambil terus berjalan. Biarpun Taehyung masih lagi berusaha mengajaknya berbual.
"Sebenarnya aku ikut kau dari tadi,"
Taehyung memasukkan tangannya kedalam poket seluar.
"Aku tahu kau ada nampak budak kena buli tepi lorong tadi. Kenapa kau tak tolong?"
"Bukan hal aku". Akhirnya Seulmi bersuara. Mukanya selamba saja, seakan tiada rasa bersalah kerana tidak selamatkan budak tadi.
"Oh.."
Taehyung mengangguk faham.
Selepas itu mereka berdua mendiamkan diri dalam perjalanan sehingga mereka tiba diperkarangan sekolah.
"Ambil laluan lain". Arah Seulmi tegas.
"Okay". Akhirnya Taehyung dan Seulmi bertukar arah, mengambil laluan yang berlainan.
Tidak sampai seminit mereka bertukar laluan, Taehyung sudah dikerumuni pelajar perempuan dan lelaki. "Taehyung!"
Tangan dimasukkan dalam poket blazer. Seulmi meneruskan perjalanannya menuju ke kelas.
Dia dah agak, lelaki itu pelajar yang popular. Tengok dari cara dia bercakap, muka dia. Jelas merupakan orang yang suka berkawan.
Sebab itulah dia minta laluan yang berbeza. Tak nak dia semakkan pagi dia dengan dikerumuni orang yang ramai. Sesak nafas.
***
"Ah! Jungkook sunbae!"
Tiga orang pelajar lelaki menghampiri Jungkook. Jungkook menoleh lalu tersenyum lebar.
"Sangmin-ah. Ada apa?". Ujarnya sambil menyimpan sesuatu ke dalam poket blazer.
"Kami ada beli sesuatu untuk sunbae! Sebagai tanda terima kasih sebab ajar kami haritu"
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...