[1.3]

216 39 1
                                    

Chapter Thirteen : Euphoria

Drrtt....

Seulmi melihat telefonnya yang bergetar diatas meja. Matanya diputar ke atas selepas itu goyangi diletakkan kebawah.

Panggilan tersebut diangkat.

"Hell-"

"SELAMAT MALAM CIK SEO ISEUL. Busy sangat ke sampai aku call 15 kali baru nak angkat?!"

Seulmi menjauhkan telefon dari telinganya. Walaupun bukan dalam mode loud speaker tapi dia dapat rasa gegendang telinga dia nak meletup.

"Aku ada hal tadi. Bukan setiap masa aku free"

"Ha?! Tak ada ke alasan yang lebih munasabah kau nak bagi?"

"Dah lah. Kau nak apa ni?"

"Kau tahu kan aku nak apa. Apa yang aku suruh tu, macam mana sekarang?"

Seulmi menekup mukanya.

"Bukan sekarang Junkyu. Kau sendiri tahu kan, sekarang pun aku susah gila nak bercakap dengan dia. Ini kan pulak nak korek rahsia dia. Macam mana?"

"Iseul. Aku tahu kau tak bodoh. Sebab tu awal-awal lagi aku suruh kau mengaku, kau Seo Iseul bukan Seo Seulmi. Kalau kau buat apa yang aku suruh ni, dah tentu kau dapat dia dalam tangan kau"

"Tapi aku tak bodoh sampai nak masukkan hal peribadi aku dalam misi ni"

"Iseul.."

"Junkyu-ah tolong faham keadaan aku. Aku akan buat apa yang kau suruh, cuma bukan dengan cara tu okay?"

"Jumpa aku esok"

"Ha-"

"Tak salah kan aku nak jumpa girlfriend aku sendiri?"

"Euww. Berhenti bunyi macam orang psycho. Lagi satu, aku sebagai teman wanita kau hanya sekadar atas kertas. Tak lebih"

"Hey, Cuba lah layan aku macam boyfriend kau sekali sekala-"

"Never okay, never. Aku tahu ramai lagi perempuan kat luar sana jadi permainan kau"

"Tapi aku sayang kau seorang je.."

"Berhenti lah Junkyu! Geli tahu geli?! Kau saja nak buat aku muntah kan!"

"Hahahahah aku harapkan kau betul-betul muntah. Okay jumpa esok sayang!"

"Bodo-"

Tittttt...

Panggilan dimatikan. Seulmi memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.

Benda yang selalu berlaku lepas dia angkat panggilan tu.

Tapi sejujurnya dia dengan Junkyu tak ada lah bermusuhan sampai macam tu. Kalau bukan sebab lelaki tu, mungkin dia dah terkapai-kapai sekarang.

Memang betul Puan Kim yang mengambil hak penjagaannya dari rumah anak yatim. Tapi selepas itu?

Hidup dia tak semudah yang dijangka.

Macam-macam yang berlaku berpunca dari Puan Kim. Dan akhirnya meninggalkan dia berseorangan disitu, di bandar yang dia sangat asing.

Pernah satu hari, dia hampir menjadi mangsa kepada beberapa orang lelaki jalanan sewaktu balik dari sekolah.

Kalau tiada Junkyu yang selamatkan dia pada masa itu, entah apa jadi pada dia sekarang. Mungkin dah selamat jadi abu.

Junkyu lah yang membawa dia masuk ke dalam dunia pengintipan. Chyper Agency. Seulmi menjadi lebih kuat berbanding dahulu.

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now